Ads 468x60px

Monday, November 16, 2009

Pagi itu aku menyesal...

Bismillah..

Pagi itu terlalu sayu bagiku. Aku masih di beranda melihat sang fajar.. cantik!! Aku bakal mengakhiri semesterku pada tahun ini. Aku bukanlah di kampung untuk menggambarkan suasana semacam lagu damai - nowseeheart. Aku bukanlah di kawasan hutan yang masih belum tercemar kualitinya. Bila aku melihat alam tuhan, aku rasa kerdil..
Aku mahu bermuhasabah!!

Aku cuba merenung jauh.. Hari ini dan sebelum2 nye, aku telah berkata perkara2 yang aku tidak pasti kebajikannya. Kadang - kadang melalaikan, kadang - kadang menjadi maksiat. Aku menyakiti, aku menipu, aku bertekak, aku melakukan macam2 yang tidak masuk akal ia adlah satu nilai yang mulia. Aku kurang bertafakkur dan bertadabbur. Teringat aku pada satu hadith yang mengatakan dua lubang yang banyak menyebabkan manusia ke neraka adalah mulut dan kemaluan. Aku cuba meneliti dan berfikir. Memang mulut mudah menutur tetapi akal lambat menafsir.

Friday, November 13, 2009

Imam Hassan al - Banna - Tokoh yang digelapkan..

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kita menyelami sejarah seorang tokoh dalam dunia Islam. Semoga memberi input yang berguna.



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.


Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Sunday, November 1, 2009

WARKAH PEPERIKSAAN.

BISMILLAH..

Dalam membelek-belek buku, untuk peperiksaan yang dah tak lama..terasa pula macam nak update blog..berehat sebentar..he3,

kali ini nak tulis sket pasal amalan2 yang patut diamalkan menjelang ujian.

1. الحمد لله إلى حضرة النبي المصطفى رسول الله صلى الله عليه وسلم - Berniat untuk tujuan kesihatan, kebaikan, dan Berjaya dalam setiap urusan (an niyyah mahalluha fi al-qalbi).

2. Solat hajat tiap2 hari dan mohon kemudahan dalam belajar.

3. Beristighfar - (70 kali) أستغفر الله إن الله كان تواباً
4. (100 kali) يا لطيف
5. (25 kali) يا فتاح يا وهاب
6. (25 kali) ربِّ يسِّر ولا تُعَسِّر يا كريم
7. Baca surah al-Insyirah (3 kali)
8. Baca surah Quraisy (3 kali)
9. *وبالله حَوْلِي واعْتِصامي وقوتي، ومالي إلا سِتْرُهُ مُتَجَلِّلاً
فَياَ ربِّ أنت الله حَسْبِي وَقُوتي، عليك اعتمادي ضارعاً مُتَوكلاً
(3 kali)
10. ربِّ اشْرحْ لي صدري ويسِّرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي، وزِدْني علماً وفهماً، وارزقني نجاحاً في التعلُّم والامتحان
(3 kali)

Thursday, October 29, 2009

ISLAM

dipetik dari bkeperwira.blogspot.com


Islam...
Satu ketika dulu...
Kemenangan mu...dijulang
Kegemilangan mu... dicanang
Keunikanmu... menjadi tunjang peradaban...
Jika dulu...kau dipertahankan para pejuang
Kini... kau hanya di pandang sepi
Dilihat sinis...
Dibiar caci...

Islam...
Mama hilangnya semangat salahuddin...
Mana perginya kebijaksanaan Fateh...
Mana lenyapnya kekuatan Khalid...


Islam...
Umatmu kini kelesuan...
Umatmu kini kelekaan...
Umatmu kini keseronokan...
Dibuai dan dibelai keduniaan...


Namun...
Yakinlah, tika mana Tuhan melunaskan janjinya...
Tika itu...Islam bangkit kembali menawan...

Friday, October 2, 2009

PERINGATAN BUAT SAHABAT!!


Bismillah,
SELAMAT HARI RAYA

Saya menulis kali ini nak memperingat diri saya dan sahabat sekalian. Mungkin ringkas, tapi perlu juga diambil perhatian.

Sebelum saya memulakan kalam, eloklah saya memetik kate2 imam Al-Ghazali " Jangan dibiarkan seseorang yang tidak kukuh ilmu akidahnya untuk mempelajari ilmu tabi'i (sains)!" Lebih kurang macam tu la..

Baik, persoalannya kenapa??

Ilmu sains yang tidak dipelajari dengan betul atau selari dengan syara' boleh menjadi fasik dan kufur. Teruk? memanglah..Yang pertama ilmu sains ini berkisar dengan hukum adat iaitu sesuatu yang menjadi kebiasaan ianya berlaku. Contoh: apabila seseorang makan dengan banyak, maka dia kenyang.

Hukum adat berdasarkan kepada
kebiasaan berulang-ulang natijah sesuatu perkara. Pendek kata sesuatu peristiwa mesti ada sebab dan akibat. Tengoklah hukum newton ke hukum dalton. Semua itu didapati berdasarkan keputusan eksperimen dan itu merupakan natijah yang berulang2. Hukum adat pula adalah hukum harus pada akal. Maksudnye boleh jadi jadi atau boleh jadi tak jadi..

Thursday, September 24, 2009

Usrah itu maksudnya Keluarga

Bismillah..


Sewaktu hari raya ketiga..kami ahli keluarga yang laki2 ni pergi berkelah bersama ayah kami.. Naik bot pergi tengah laut. Laju jugak..lagi2 bile lawan ombak..melompat2 bot..aku kat depan skali. Harga minyak pergi balik makan rm50 daa..


Sampai kat tengah laut, bot berhenti. Kami start fishing2 pakai tali pancing.. Ini merupakan first tyme mancing kat tengah laut. Mule2 macam susah tapi sebenarnya mudah.. Letak je umpan dapat ikan. Macam cedok ikan mati je..mudah..hehe.. Bile dah start masuk tengahari, suasana kering..angin dah tak bertiup, mulelah start mabuk2 laut. Nak muntah lah..lagi2 bile ikan pun dah tak dapat. Tapi, bile dah dapat..tibe2 je mabuk hilang..hehe.

Warkah Buat Yang Ku Sayangi

copypaste dari http://akeyalem.blogspot.com/2009/09/warkah-buat-yang-ku-sayangi.html

gua cukup pilu bila trdengar ada nya pembersihan melayu yang berlaku di indonisia.....

sekaping warkah gua tulis khas untuk sadara islam gua di indonesia

ya akhi....
ingin gua nyatakan pada mu, bahawa hati gua ini begitu sayang pada mu, emang nya kita tak pernah bertemu, juga tak pernah bermesraan, namun ALLAH lah yang mempersaudarakan kita, ingin benar gua bertemu mu dan bersamamu mu menempuh kepahitan hidup bersama....

Thursday, September 17, 2009

Post Sebelum Raya!!

"Hidup mesti enjoy!! nanti mati dah tak dapat dah. haha!!"

Astaghfirullah!! Ungkapan ini terkeluar daripada mulut salah seorang rakanku.. bukan kat U ni..kat tempat lain la..kat Australia kot..

Sambung..

bukan sekali..tetapi banyak kali ungkapan yang ala2 glamor ini dituturkan. Mungkin berniat atau mungkin tak berniat atau mungkin cume nak up to date..ikut barat. entahla..

Benar ke macam tu??Mereka melihat seolah -olah manusia ini cume jasad yang hanya akan berakhir apabila kematian menjemput.

Pandangan ini diistilahkan sebagai daging oriented. Mereka berpandangan bahawa manusia ini dicipta kerana tubuhnya atau jasadnya sahaja. Sebab itulah sering terjadi pada diri kita bahawa pemikiran enjoy sepuas2nya sebelum mati, atau nilai kemanusian dinilai tanpa cenderung kepada aspek agamanya atau kes2 yang lebih kurang macamtu..

Tuesday, September 8, 2009

Jantan kite di bulan Ramadhan..

Bismillah...

Mula2 sekali saya nak minta maaf kepada sahabat2 sebab lmbat update..

Bulan Ramadhan ini mengajar kite untuk menjadi manusia terpimpin. Kalau sebelum ini dunia dilebihkan, maka ketika inila manusia mula mencari akhirat sebagai tujuan. Kalau sebelum ini keuntungan sementara menjadi objektif, maka kali ini keuntungan yang abadi menjadi misi.

Betapa hebat bulan Ramadhan, bulan inilah yang mentarbiah, mendidik, menyekat dan memperbaiki diri supaya apabila berakhirnya Ramadhan, kembalilah kita kepada fitrah yang suci.
Pada suatu ketika, dalam keadaan sibuk berprogram, tiba2 saya dimaki oleh seseorang yang saya langsung tidak kenal. Mahu je dihempuk je tetapi tiba2 tergerak di hati saya, "JANTAN KE AKU??"Astaghfirullah..

Siapakah paling kuat?
Teringat kembali satu hadith yang selalu disebut2 bila menjelangnya puasa..

Sunday, August 30, 2009

Suatu Pagi Di Bulan Ramadhan



Malam beransur – ansur meninggalkan kami, siang mengengsot dengan penuh tertib. Tatkala kepala fajar menampakkan diri, muazzin mula melaungkan kata – kata dakwah terbesar. Seruan azan yang mendayu seolah – olah masuk ke telingaku seiring dengan maksudnya. Pagi itu aku merasa tenang, alunan azan menjalar ke seluruh tubuhku, kemudian memecahkan tembok pertahanan mengantukku. Aku mula teringat kata- kata ustaz Azman, “ Orang yang tarik selimut waktu orang azan, selimut tuh dah jadi kulit babi”. Alamak!!. Aku bingkas bangun dari katil tempat lenaku sepanjang malam. Jijik la pulak.

Aduish!!hari ni tertinggal sahur la…,”rungutku kekesalan.

Dengan penuh perasaan malas ditambah pula dengan rantai- rantai besi si syaitan durjana yang mengikatku ketika tidurku, aku melangkah longlai ke bilik air. Sesampai di bilik air, paip air kubuka perlahan – lahan. “Err, sejuknya air ni. Nak ambil wudhu’ tak ni” bentakku sendirian. “ No way, no way..bisikan syaitan ni!! Sejuk pun sejuk la”. Aku mula mengambil wudhu’ dengan penuh tertib. Kumulai dengan yang sunat dan ku akhiri dengan yang wajib. Air yang membasahi anggotaku bertungkus-lumus mengalir ke seluruh kawasan wudhu’ tanpa meninggalkan seinci pun seolah- olah berteriak kepadaku “mulakanlah harimu dengan kejayaan!!”. Senyuman mula terukir.

Tuesday, August 25, 2009

Aku juga Si Rempit!!


Kami sama tetapi masih tidak serupa.
Mereka merempit aku sama juga.
mereka berlumba aku juga berlumba
Namun aku masih tidak serupa dengan mereka

Mereka merempit di jalan dunia namun aku merempit di jalan Tuhan.
Jalan mereka sukar namun jalanku lebih payah.
Jalan mereka dekat namun jalanku terlalu jauh.
Mereka dan aku tegar dengan budaya rempitan
Aku mahu berlumba dan ingin paling hadapan.
Namun kulihat masih ramai yang sama niat dan tujuan
Cuba menjadi saingan merebut redha tuhan.

Thursday, August 20, 2009

Buat para dai'e.



Bismillah..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing(ghuraba')."


~Riwayat Muslim~


Salam, blog ini pun dah berabuk jadik nak ambik kesempatan sebelum Ramadhan menjelang untuk mengpostkan satu lagi post. Ayat pun dah belit2 dah..lame tak menaip.


Kali ini just nak conteng2 jek..mgkin tak banyak isi sangat tp celotehnye panjang..haha..


ISLAM adalah satu kebenaran yang terasing namun di celah keramaian, hanya agama benar ini sahaja yang bercahaya di dalam kegelapan yang amat menyesatkan. Daripada hadis yang di atas, secara jelas mereka yang berbaiah dengan syahadah islamiyah, iaitu muslim mesti mengamalkan islam walaupun dalam keadaan terasing. Sememangnya sesuatu yang manis hanya akan di kecapi oleh mereka yang selama ini bergelumang dengan makna masamnye kehidupan. Itulah perencah dalam kehidupan sebagai seorang islam lebih-lebih lagi mereka yang komited dalam tugas dakwah

Thursday, July 16, 2009

Bukan benci, Tapi..



Bismillah..
Post kali ini bakal memperjelaskan satu tanggapan yang memang sudah tegar kepada rata-rata masyarakat muslim..
Hari ini, salah seorang rakan saya seolah-olah merasa tersinggung kerana saya pernah menegurnya dalam satu hal yang maksiat. Saya cume memberi isyarat..dan dia faham kerana dia telah berhenti..cume bertanggapan salah pada saya..


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"(Surah An-Nahl Ayat 125)

Saya faham..mereka melihat kami ini seolah2 membenci mereka walhal secara jelas kami langsung tidak membenci mereka malah menyayangi mereka sebagai saudara seagama. Kami bimbang dan risau jika tanpa teguran..mereka akan hanyut dibuai kesenangan yang memperdayakan, ghurur...

Persoalannya..


Kenapa perlu takut dengan islam??

Friday, July 10, 2009

Falsafah kesederhanaan dalam islam..


Islam memberi penekanan terhadap perilaku 'sederhana' dalam perkara2 yang mubah. Seperti Firman Allah S.W.T dalam Surah al-‘Araf: 31 bermaksud

".....makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan...”

dan lagi firmanNya dalam Surah al-Furqan : 67

".....janganlah boros dan kedekut, dan
orang yang apabila berbelanja,
mereka tidak boros dan tidak kikir,
tetapi “pertengahan” antara
keduanya.”

Ada puisi omputeh cakap:


Money is good. Too much money is
bad .”Too much” is “too much” when
it is more than we need or more than
we are capable of utilizing for the
uplifment of humanity. Food is good.
Too much food is damaging to the
body and punishes the glutton with
pain and illness. Light is good but too
much will blind the eyes. Water is
good. There could be no life for us
without it, but too much will destroy
us. Heat is good but too much will
burn us. Any excess in the use of
activity of a good thing is temperance
and therefore, evil can be avoided.
(S.N.Bremer, (Ph.D).1989.366 Self
Motivating Essays for Students and
Adults.


(366-h.72) Thinker Library
Sdn.Bhd


*xdapat nak nulis pnjg2..xsmpat time..

*wslm

~menulis sambil belajar~

Tuesday, June 30, 2009

Jangan Begitu Duhai Ibu






“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang supaya engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerja ”
~Surah Al- Ankabut (8)


Sa’ad bin Abi Waqas merupakan seorang pemuda tampan berusia lebih kurang tujuh belas tahun. Penghuni Mekah sering bercakap-cakap tentang kehidupan Sa’ad yang penuh kenikmatan serta kasih – sayangnya terhadap ibunya dan kasih sayang ibu terhadapnya.

Pada suatu hari, Sa’ad duduk termenung di atas sebuah anak bukit. Beliau dilanda perasaan dukacita. Beliau mendapat tahu sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq, telah meninggalkan agama Quraisy dan menganut agama baru yang diseru oleh Muhammad bin Abdullah.

Thursday, June 25, 2009

Aku nak berjaya!!



Kalau diberi masa 1 hari untuk memerhati dan mengkaji perwatakan seseorang ia adalah suatu yang tidak mustahil. Besar kemungkinan dapat di huraikan kelemahan serta kelebihan mereka. Hebat tuh!! Tetapi jika kita dapat memerhati serta mendalami perwatakan diri, itu adalh lebih hebat!!. Kenapa plak ye?? 1 hari adalah satu masa yang tidak mungkin untuk kita mengenali diri yang serba kompleks ini. Kelebihan mungkin ye tetapi kelemahan..hampir mustahil untuk dilakukan.

Tak Kenal Maka Tak Cinta..Kenalilah diri kita dari dua aspek iaitu dari sudut jasad dan rohani. Kata Imam Al- Ghazali dalam kitab Munqidz Min Al-Dhalal:

Sunday, June 21, 2009

Bila kamu bising fasal ikhtilat..

Artikel ini dicopypaste dari laman web ms.langitilahi.com
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/



kami kawan je, bukan ada apa-apa... ya kah? Anda kah yang menentukannya?
Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.


Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:
“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.

Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.
Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Sunday, June 14, 2009

Malu Tapi Mahooo..



Malu Sebahagian Dari Iman
Sebenarnya yang nak disampaikan ialah malu dalam islam khususnya wanita. Malu adalah sebahagian dalam islam. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu ialah mahkota wanita..Ada 3 perkara yang baik bagi wanita namun buruk bagi lelaki iaitu malu, takut dan bakhil. Kenapa ye??? Sebenarnya malu seorang wanita akan menjauhkan mereka dari maksiat. Bagi lelaki, kerja mereka bakal stop la..Namun tidaklah salah bagi lelaki untuk merasa malu kerana disebutkan dalam sebuah hadith.

Dari Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu, bahwasannya Rasulullah S.A.W melewati seorang lelaki dari sahabat Ansar sedang menasihati temannya tentang rasa malu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Biarkan ia, sesungguhnya malu merupakan sebahagian dari iman.

Tuesday, June 2, 2009

Renunglah dan bersyukur~~


Ptg ni terasa agak letih plak. Nak tido petang x bleh sbb umi cakap org tido petang ni mewarisi kegilaan..Uish!!xjadik2.hahaha. Dalam dok belek2 laptop tetibe rase cam nak denga Tafsir IKIM ~Ustz Zahazan pasal surah Ar Rahman. Beh!!. Jom kite share tp xsume la..

Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah Taala mempunyai pasangan dan pasangan Al-Quran ialah surah Ar-Rahman~hadith (musnad al-Banjar) .

Nabi muhammad SAW tatkala membaca surah ini, terkelu lidah para sahabat lalu terdiam. Maka nabi SAW bersabda' Sesungguhnya kenapa aku lihat kamu diam apabila dibacakan surah ini. Saudara2mu dari kalangan jin islam bile mendengarnya, mereka berkata wahai tuhan kami tidak ada satupun nikmat yang kau sebutkan dalam surah ini yang kami nikmati yang kami tidak mampu untuk syukuri. Segala kebenaran milikMu, kami pasrah dengan ketentuanMu. Segala pujian milikmu.' ~ disahih oleh Al-hakim.

SABAR DAN SYUKUR. Sabar ketika ditimpa musibah dan syukur ketika mendapat nikmat.

Tuesday, May 26, 2009

Doktor dan Pesakit..


Ramai di dalam dunia hari ini sedang sakit..Namun masih belum menyedari ketenatan yang menular secara halus lalu menjadi barah pemusnah kehidupan. Ketenatan yang memerlukan rawatan berterusan yang akhirnya bakal menyembuhkan mereka sedikit demi sedikit.

Kalau diperhatikan, pesakit ini beragam-ragam sakitnya. 'Hati Yang Sakit' yang akhirnya menjadi 'Barah Hati', kemudian membutakan mata hati, 'Akal yang Jahil' yang akhirnya membawa mudarat, kemudian merosakkan hidup seluruhnya, 'Iman yang Tenat' yang hampir2 terbunuh dek virus nafsu yang tidak dirawat. Pesakit ini ingin dirawat namun siapakah si doktor yang setia, yang sanggup merawat, memberi perhatian, menunggu bersama- sama keputusan takdir Yang Esa.

Saturday, May 16, 2009

Sains Islam vs Sains Barat...

Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

ISLAM TIDAK PERNAH MENGETEPIKAN SAINS. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.”

Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.

Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.

Keterbatasan Sains

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu Buat Umi^^

Assalamualaikum,
SAYANG UMI...Semalam tanggal 10hb May adalah hari ibu untuk seluruh dunia. Aku still kat Univ lagi sebab ada some program. Aku nak ucap kat umi SELAMAT HARI IBU. Jaga kesihatan n jangan buat kerja teruk2 sangat..hehe.. Mungkin selama kehidupan ini tak pernah pon nak ucap kat Umi ape2 penghargaan tapi baru kali ni boleh ucap tapi tak berdepan la plak. Sebab paling besar adalah tak nak sedih2. Kata anak laki..hik3... Doakan Qori n adik2 supaya jadik anak yang soleh yup..~~

Sini ada satu video untuk renungan saya n sahabat2..













Ucapan terakhir untuk Ummi;
~Ummi adalah modal terpenting dalam perjuangan sepanjang kehidupanku~
~Ampukan dosa2ku~
~Syukran n terima kasih Ummi..

salam..~_^

Thursday, May 7, 2009

Islam Is Here

by anonymous


Islam is peace, Islam is ease,
Islam's not danger or disease.
Islam is love and prosperity.
Islam's not hatred or adversity.

Islam is salvation through repentence.
Islam has love for all in abundance.
Islam means no harm or affliction.
Islam implores you with affection.

Islam is neither maze nor craze.
Islam is giving Allah all praise.
Islam is acing through the race.
Islam will be on everyone's face.

Sunday, May 3, 2009

Where Would I Be Without The Quran

By British Political Prisoner Babar Ahmad MX538313th September 2004

 

Where would I be without the Quran?

Would I be guided?
Would I be strong?
Would I be protected from evil and wrong?
Would I hear my Creator’s Words?
Would I hear Him describe the birds?
Would I know the stories of the old?
Would I realise their worth in gold? 



Where would I be without the Quran?
Would I find safety when others fear?
Would I find peace whilst sitting here?
Would I be happy when others are sad?
Would I be protected from going mad?
Would I be patient when things get tough?
Would I be firm when the seas are rough?

Friday, May 1, 2009

Assalamualaikum^^

Minggu ini dah mnggu last final xam. Bagi yang sdg mduduki xam, selamat mnduduki peperiksaan. Mohon Allah permudahkan, InsyaAllah~~. Saje saya nak bawak kite sume ke alam berfikir yang akan membawa kepada mardhatillah... insyaAllah..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang y
ang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata:"Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka"

~Ali-Imran:190-191~