Monday, May 31, 2010

Nasib 2 wartawan, 6 relawan M'sia belum diketahui

Bismillah..
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Sunday, May 30, 2010

SELAMAT BERCUTI!!!



Bismillah..
sebenarnye post ni tak sepatutnya tulis dah sebab dah lama cuti tapi cume nak ucap juga pada rakan - rakan yang mengenali saya. Tak kenal pun buat2 kenal la..haha.

Peringatan sedikit untuk kawan2, Jangan buang masa dengan benda - benda yang tak faedah,

"
Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain,iaitu masa mudamu sebelum datang hari tua, masa sihatmu sebelum kamu dilanda sakit, masa kayamu sebelum kamu jatuh papa, masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibuk, DAN MASA HIDUPMU SEBELUM DATANG SAAT KEMATIAANMU.(tersilap caps lock pulak..hehe)"
At-Tirmidzi

Masa itu Usia..
Semua manusia tak tahu berapa banyak masa yang diberi kepadanya..

Thursday, May 20, 2010

SABAR.. Khabbab Al-Arrat



عن أبي عبدِ اللهِ خَبَّابِ بْنِ اْلأرَتِّ رضي الله عنه قال ؛ شَكَوْنَا إلى رسولِ اللهِ صلى اللهُ عليه وسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ في ظِلِّ اْلكَعْبَةِ ؛ فقُلْنَا أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا ؟ ألاَ تَدْعُوْ لنَا ؟ فقال ؛ قد كان مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فيُحْفَرُ له في الأرض فيُجْعَلُ فيها ثُم يُؤْتَى بالمِنْشَارِ فيُوْضِعُ على رأسِهِ فيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ و ُيمْشَطُ بأمْشاطِ اْلحَدِيْدِ ما دُوْنَ لَحْمِهِ و عَظْمِهِ ما يَصُدُّهُ ذلك عن دينه ؛ و اللهِ لَيُتِمَّنَّ اللهُ هذا الأمرَ حتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إلى حَضْرَ مَوْتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهََ وَ الذِّئْبَ على غَنَمِهِ وَ لكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ ؛


Terjemahan : Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selindangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ? Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya . Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh ! Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm . dalam satu riwayat yang lain : Baginda baring [ istirehat ] berbantalkan selindangnya padahal kita sedang berhadapan dengan ancaman dahsyat dari golongan Musyrikin.