Ads 468x60px

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Tiba Lagi..

Bismillahirrahmanirrahim.




Ramadhan, bulan mulia tiba lagi...Azam baru ditanam, semoga madrasah Ramadhan kali ini bakal melahirkan pejuang- pejuang agama Allah yang benar sama ada benar dalam cita- cita, perkataan, dan tindakan. Yang dimaksudkan benar dalam cita- cita ialah cita- cita kita ditujukan semata- mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Orang yang benar dalam cita- citanya ialah orang yang akan sentiasa berwaspada dari orang- orang yang buruk cita- citanya. Cita- cita ini mestilah diiringi dengan azam yang kuat, dan akan mengatasi segala halangan- halangan.


Benar dalam perkataan pula ialah lidah yang sentiasa menuturkan yang benar dan menjauhkan diri dari berkata- kata yang batil. Benar di dalam perbuatan ialah ia berbuat sesuai seperti syariat dan mengikut jejak Rasulullah SAW.

Semoga kita semua akan bergraduasi dengan cemerlang dalam erti kata menjadi orang yang lebih bertaqwa selepas menghadapi bulan mulia ini.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]
Sampai sini dulu tulisan kali ini..Wasalam..

No comments:

Post a Comment