Ads 468x60px

Dari Meja Penulis

Penulis adalah seorang mahasiswa kejuruteraan di salah satu universiti tempatan. Mempelajari ilmu agama secara formal dan informal daripada pondok- pondok, madrasah- madrasah, dan pengajian- pengajian. 

Penulis bukanlah seorang faqih dalam ilmu agama namun penulis masih seorang mahasiswa yang mempunyai asas- asas yang baik dalam ilmu agama. Bagi penulis, kehidupan adalah pelajaran bagi orang- orang yang mahu berfikir. Namun, orang yang tidak mahu belajar dari kehidupan adalah orang yang sangat rugi. Oleh itu, penulis merasa terpanggil untuk mencoret sedikit pandangan - pandangan mengenai kehidupan insan sebagai perkongsian dan sebagai 'bahan fikir' untuk kita semua.

Firman Allah  SWT:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.
Firman Allah SWT lagi:
"Mereka hanya mengetahui yang zahir [saja] dari kehidupan dunia, sedang tentang [kehidupan] akhirat adalah lalai." [Ar Rum : 7]
 Tidak lupa juga pada Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh keseksaan, yang dahulu mereka sering memperolok-olokkannya." [Al-Ahqaf : 26]

Jika ada sebarang persoalan, hubungi saya di qori.trg2020@gmail.com. Semoga bermanfaat..  :)