Sunday, August 30, 2009

Suatu Pagi Di Bulan Ramadhan



Malam beransur – ansur meninggalkan kami, siang mengengsot dengan penuh tertib. Tatkala kepala fajar menampakkan diri, muazzin mula melaungkan kata – kata dakwah terbesar. Seruan azan yang mendayu seolah – olah masuk ke telingaku seiring dengan maksudnya. Pagi itu aku merasa tenang, alunan azan menjalar ke seluruh tubuhku, kemudian memecahkan tembok pertahanan mengantukku. Aku mula teringat kata- kata ustaz Azman, “ Orang yang tarik selimut waktu orang azan, selimut tuh dah jadi kulit babi”. Alamak!!. Aku bingkas bangun dari katil tempat lenaku sepanjang malam. Jijik la pulak.

Aduish!!hari ni tertinggal sahur la…,”rungutku kekesalan.

Dengan penuh perasaan malas ditambah pula dengan rantai- rantai besi si syaitan durjana yang mengikatku ketika tidurku, aku melangkah longlai ke bilik air. Sesampai di bilik air, paip air kubuka perlahan – lahan. “Err, sejuknya air ni. Nak ambil wudhu’ tak ni” bentakku sendirian. “ No way, no way..bisikan syaitan ni!! Sejuk pun sejuk la”. Aku mula mengambil wudhu’ dengan penuh tertib. Kumulai dengan yang sunat dan ku akhiri dengan yang wajib. Air yang membasahi anggotaku bertungkus-lumus mengalir ke seluruh kawasan wudhu’ tanpa meninggalkan seinci pun seolah- olah berteriak kepadaku “mulakanlah harimu dengan kejayaan!!”. Senyuman mula terukir.

Tuesday, August 25, 2009

Aku juga Si Rempit!!


Kami sama tetapi masih tidak serupa.
Mereka merempit aku sama juga.
mereka berlumba aku juga berlumba
Namun aku masih tidak serupa dengan mereka

Mereka merempit di jalan dunia namun aku merempit di jalan Tuhan.
Jalan mereka sukar namun jalanku lebih payah.
Jalan mereka dekat namun jalanku terlalu jauh.
Mereka dan aku tegar dengan budaya rempitan
Aku mahu berlumba dan ingin paling hadapan.
Namun kulihat masih ramai yang sama niat dan tujuan
Cuba menjadi saingan merebut redha tuhan.

Thursday, August 20, 2009

Buat para dai'e.



Bismillah..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing(ghuraba')."


~Riwayat Muslim~


Salam, blog ini pun dah berabuk jadik nak ambik kesempatan sebelum Ramadhan menjelang untuk mengpostkan satu lagi post. Ayat pun dah belit2 dah..lame tak menaip.


Kali ini just nak conteng2 jek..mgkin tak banyak isi sangat tp celotehnye panjang..haha..


ISLAM adalah satu kebenaran yang terasing namun di celah keramaian, hanya agama benar ini sahaja yang bercahaya di dalam kegelapan yang amat menyesatkan. Daripada hadis yang di atas, secara jelas mereka yang berbaiah dengan syahadah islamiyah, iaitu muslim mesti mengamalkan islam walaupun dalam keadaan terasing. Sememangnya sesuatu yang manis hanya akan di kecapi oleh mereka yang selama ini bergelumang dengan makna masamnye kehidupan. Itulah perencah dalam kehidupan sebagai seorang islam lebih-lebih lagi mereka yang komited dalam tugas dakwah