Ads 468x60px

Thursday, July 16, 2009

Bukan benci, Tapi..



Bismillah..
Post kali ini bakal memperjelaskan satu tanggapan yang memang sudah tegar kepada rata-rata masyarakat muslim..
Hari ini, salah seorang rakan saya seolah-olah merasa tersinggung kerana saya pernah menegurnya dalam satu hal yang maksiat. Saya cume memberi isyarat..dan dia faham kerana dia telah berhenti..cume bertanggapan salah pada saya..


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"(Surah An-Nahl Ayat 125)

Saya faham..mereka melihat kami ini seolah2 membenci mereka walhal secara jelas kami langsung tidak membenci mereka malah menyayangi mereka sebagai saudara seagama. Kami bimbang dan risau jika tanpa teguran..mereka akan hanyut dibuai kesenangan yang memperdayakan, ghurur...

Persoalannya..


Kenapa perlu takut dengan islam??




ISLAM SATU CARA HIDUP. Islam adalah cara hidup yang tidak boleh dan tidak akan serupa dengan agama-agama lain. Tidak serupa dengan kristian, budha, hindu dan sebagainya. Hanya sanya agama Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah, manakala agama lain adalah tidak benar belaka. Firman Allah
“Sesungguhnya agama (cara hidup) yang benar di sisi Allah S.W.T. hanyalah Islam semata-mata”
Sesiapa yang mencorakkan gaya hidupnya dengan acuan lain daripada acuan Islam, sebenarnya telah mensia-siakan hidupnya samada hidupnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah S.W.T.:-
“Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak”
Islam tidak memadai dengan nama yang tertera di kad pengenalan sebagai orang Islam juga tidak memadai dengan hanya berdasarkan keturunan.




Islam datang daripada Allah Yang Maha Tahu dan Yang Maha Bijaksana. Apabila ia datang daripada Allah S.W.T. maka ajaran dan cara hidup Islam tidak mempunyai kecacatan dan kekurangan. Islam adalah cara hidup yang paling sempurna. Setiap aktiviti manusia tidak lepas dari penilaian hukum Islam sama ada wajib, sunat, haram, makruh, harus, sah atau batal.


Islam adalah cara hidup yang sesuai setiap ketika dan keadaan, tidak terhad kepada zaman tertentu sahaja, sesuai untuk dipraktikkan oleh manusia tidak kira tempat sama ada Tanah Arab atau Tanah Melayu. Islam adalah satu cara hidup yang menjanjikan balasan baik kepada penganutnya yang taat kepada cara hidup acuannya manakala balasan buruk pula akan menjadi habuan kepada mereka yang tidak menserasikan gaya hidupnya dengan acuan Islam. Pembalasan itu sama ada di dunia ataupun di akhirat. 


Namun Allah S.W.T. yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang menawarkan pakej “TAUBAT” untuk mereka yang terlanjur supaya diampuni oleh Nya. Islam adalah satu cara hidup yang tidak “membunuh” naluri semula jadi manusia malah Islam membimbing naluri tersebut ke arah yang betul. Manusia sukakan kekayaan, Islam membimbing bagaimana kekayaan itu diperolehi dan dibelanjakan, manusia suka berhibur, Islam datang membawa garis panduan hiburan yang dibenarkan, begitu juga dengan keinginan manusia terhadap seks, sukan, berpakaian, semuanya telah ditentukan garis panduannya oleh Islam..


Teringat saya pada satu analogi yang agak terkenal..
"Bayangkan anda sedang berdiri di bawah sebuah bangunan, kemudian syiling dibaling ke bawah, kemudian anda mengambil dengan gembira, sekali lagi syiling dibaling ke bawah, namun anda masih mengambil duit itu tanpa segan silu. Kemudian, kali ini seketul batu dibaling dan mengenai kepala anda, kemudian ketika itulah beru anda mendongak untuk melihat siapa yang membaling syiling dan batu itu.."
Analogi ini sebenarnya menyindir kebanyakan umat muslim yang langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepadanya. Ketika senang, mereka langsung tidak mengingati Allah, namun apabila susah mulalah mereka mendongak dan meminta2 dari Allah.. Alangkah ruginya..
::Barangsiapa yang mengingati Allah ketika senang, nescaya Allah akan mengingatinya ketika susah..
Wallahu'alam
wslm..

No comments:

Post a Comment