Ads 468x60px

Sunday, July 29, 2012

Pintu Mesir dibuka kepada Palestin

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah..Berita gembira buat saudara kita di Palestin dan seluruh umat Islam umumnya. Merujuk kepada Ma'an News Agency, pintu Mesir akan dibuka bermula 9 pagi hingga 9 malam setiap hari iaitu 12 jam sehari. Manakala sebanyak 60 % nama yang disenarai hitam oleh Mesir sebelum ini dibersihkan. Banyak perkara baik telah dibincang dan disepakati bersama. Harapan baru untuk Palestin. Teruskan berdoa dan menyumbang untuk mereka.

Berikut adalah artikel asal

Haniyeh: Rafah to open 12 hrs daily
Published yesterday (updated) 28/07/2012 18:23


Haniyeh and Mursi met in Cairo.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Tiba Lagi..

Bismillahirrahmanirrahim.




Ramadhan, bulan mulia tiba lagi...Azam baru ditanam, semoga madrasah Ramadhan kali ini bakal melahirkan pejuang- pejuang agama Allah yang benar sama ada benar dalam cita- cita, perkataan, dan tindakan. Yang dimaksudkan benar dalam cita- cita ialah cita- cita kita ditujukan semata- mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Orang yang benar dalam cita- citanya ialah orang yang akan sentiasa berwaspada dari orang- orang yang buruk cita- citanya. Cita- cita ini mestilah diiringi dengan azam yang kuat, dan akan mengatasi segala halangan- halangan.

Monday, March 12, 2012

Palestin kemuka 20 tapak warisan


19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -




RAMALLAH - Palestin, kelmarin berhasrat untuk mengemukakan senarai 20 lokasi di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza yang mungkin boleh diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Ketua jabatan PBB di Kementerian Luar Palestin, Omar Awadallah berkata, dalam tempoh beberapa hari mereka akan menghantar senarai kepada Jawatankuasa Tapak Warisan Dunia mengikut undang-undang konvensyen.

Wednesday, January 18, 2012

Demi sebuah 'Kematian'

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai diri,
Terlalu banyak engkau menyimpang dari jalan sebenar.
Pernahkah engkau tersedar bahawa kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan,
Perjalanan seorang musafir mencari keperluan,
Engkau berehat di bawah sebatang pohon,
untuk melepaskan kepenatan lalu menyambung perjalananmu,
Namun engkau leka dengan kesenangan sementara.

Wahai dunia,
Engkau adalah wanita tua yang bersolek
untuk menipu penghunimu.
Sedarkah engkau manusia ini sangat lemah dan bodoh
kerana bergembira di dalam kehidupan plastik.
hingga melupakan checkpoint kematian
yang bernatijah dua,
kehidupan atau kesengsaraan.

Wahai nafsu,
Engkau melonjak- lonjak dan memaksa - maksa.
Engkau menjadikan aku hanyut.
Bagaimana tidak aku hanyut?