Monday, November 16, 2009

Pagi itu aku menyesal...

Bismillah..

Pagi itu terlalu sayu bagiku. Aku masih di beranda melihat sang fajar.. cantik!! Aku bakal mengakhiri semesterku pada tahun ini. Aku bukanlah di kampung untuk menggambarkan suasana semacam lagu damai - nowseeheart. Aku bukanlah di kawasan hutan yang masih belum tercemar kualitinya. Bila aku melihat alam tuhan, aku rasa kerdil..
Aku mahu bermuhasabah!!

Aku cuba merenung jauh.. Hari ini dan sebelum2 nye, aku telah berkata perkara2 yang aku tidak pasti kebajikannya. Kadang - kadang melalaikan, kadang - kadang menjadi maksiat. Aku menyakiti, aku menipu, aku bertekak, aku melakukan macam2 yang tidak masuk akal ia adlah satu nilai yang mulia. Aku kurang bertafakkur dan bertadabbur. Teringat aku pada satu hadith yang mengatakan dua lubang yang banyak menyebabkan manusia ke neraka adalah mulut dan kemaluan. Aku cuba meneliti dan berfikir. Memang mulut mudah menutur tetapi akal lambat menafsir.

Friday, November 13, 2009

Imam Hassan al - Banna - Tokoh yang digelapkan..

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kita menyelami sejarah seorang tokoh dalam dunia Islam. Semoga memberi input yang berguna.



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.


Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Sunday, November 1, 2009

WARKAH PEPERIKSAAN.

BISMILLAH..

Dalam membelek-belek buku, untuk peperiksaan yang dah tak lama..terasa pula macam nak update blog..berehat sebentar..he3,

kali ini nak tulis sket pasal amalan2 yang patut diamalkan menjelang ujian.

1. الحمد لله إلى حضرة النبي المصطفى رسول الله صلى الله عليه وسلم - Berniat untuk tujuan kesihatan, kebaikan, dan Berjaya dalam setiap urusan (an niyyah mahalluha fi al-qalbi).

2. Solat hajat tiap2 hari dan mohon kemudahan dalam belajar.

3. Beristighfar - (70 kali) أستغفر الله إن الله كان تواباً
4. (100 kali) يا لطيف
5. (25 kali) يا فتاح يا وهاب
6. (25 kali) ربِّ يسِّر ولا تُعَسِّر يا كريم
7. Baca surah al-Insyirah (3 kali)
8. Baca surah Quraisy (3 kali)
9. *وبالله حَوْلِي واعْتِصامي وقوتي، ومالي إلا سِتْرُهُ مُتَجَلِّلاً
فَياَ ربِّ أنت الله حَسْبِي وَقُوتي، عليك اعتمادي ضارعاً مُتَوكلاً
(3 kali)
10. ربِّ اشْرحْ لي صدري ويسِّرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي، وزِدْني علماً وفهماً، وارزقني نجاحاً في التعلُّم والامتحان
(3 kali)