Tuesday, May 31, 2011

TIADA DAKWAH TANPA JIHAD




Bismillahirrahmanirrahim..

Makin bertubi2 nasihat dan kritikan dari rakan2 tentang blog yang semakin hilang fungsi. Bukan apa, mungkin rakan2 inilah merupakan asbab istiqamahnya saya menulis dahulu.. Namun, untuk peringatan diri, bersihkan niat sebelum beramal..

Saya bukanlah orang yang layak untuk menulis sesuatu yang besar2, namun sebagai satu lontaran idea untuk perbincangan bersama..

DAKWAH

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ra memaknakan seluruh kehidupan dengan penyebaran islam dengan pelbagai uslub dan kaedah, tidak kurang sanggup berkorban segala- galanya demi tercapainya maksud bersama.



Dakwah atau amar makruf nahi mungkar bukanlah sesuatu yang ganjil dan ekslusif pada orang tertentu. Ia sepatutnya dilakukan oleh semua orang islam, mengikut kemampuan masing2. Anda boleh rujuk sedikit perbahasan di dalam buku usul ad-dakwah ditulis oleh Dr Abdul Kareem Zaidan. Dakwah bukanlah hanya berlaku dalam bentuk ucapan dan lisan, namun ia juga boleh berlaku dalam bentuk perlakuan. Sejarah dan kajian telah membuktikan bahawa ramai orang bukan islam menganut islam kerana syakhsiah umat islam yang terpuji dan kajian juga membuktikan bahawa realiti hari ini juga merumuskan perlakuan umat islam juga yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada Islam. Betapa tidak!!jika orang yang pertama menolak syariat dan merasa tidak selesa dengan Islam adalah dari kalangan umatnya sendiri. Malah mereka adalah orang yang paling terkenal dalam mempamerkan jenayah dan kezaliman yang hakikatnya amat tidak selaras dengan kesyumulan Islam.

Jadi ada seorang ahli fikir telah merumuskan bahawa akhlak seorang islam lebih jauh berkesan dalam menarik sasaran bukan islam ke arah Islam. Namun, bertepatan dengan kata2 "Anda tidak mampu memberi jika anda tidak ada apa2", Ilmu adalah permulaan kepada sebuah amal, kerana amal tanpa ilmu adalah sesat dan ilmu tanpa amal adalah tidak berguna dan rugi. Oleh itu, Oleh itu, walaupun anda seorang yang giat beramal dan melaksanakan syariat, anda masih perlu sentiasa berwaspada akan keburukan abid yang jahil. Anda akan mudah tertipu dengan tipuan syaitan, nafsu yang jahat, dunia yang palsu, serta pelabagai manusia yang dengki kepada anda serta Islam yang anda bawa.

JIHAD

Buku- buku bahasa mendefinisikan Jihad dan Mujahadah sebagai 'mencurahkan segenap kemampuan untuk menahan musuh'.

Para Fuqaha mengatakan Jihad di jalan Allah ada 4 macam:
1. Jihadun Nafsi(memerangi hawa Nafsu)
2. Jihadusy Syaitan (memerangi Syaitan)
3.Jihadu Ahli Al-Zhulmi wa Al- Munkarat(memerangi orang zalim dan kemungkaran)
4. Jihad a'ada'illah min al-kuffar wa al-munafiqin wa man ilaihim(memerangi musuh2 Allah dari kalangan orang2 kafir dan munafiq dan para pendukung mereka)


(jihad- Dr Ali Abdul Halim Mahmud)

lihat Perbincangan umum tentang al-jihad

TIADA DAKWAH TANPA JIHAD

Rata - rata para dai hari ini amat mengecewakan apabila terlalu leka dalam kesenangan. Mungkin benar kata seorang sahabat, umat islam kalah kerana perutnya selalu kenyang (selalu dalam kesenangan)..

Mungkin perlu kita meneliti kembali bagaimana gambaran dakwah oleh para rasul dan sahabat, kemudian kita kiaskan dengan realiti pada hari ini. Antara kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi pada hari ini umat islam terperangkap di dalam penjara kebodohan dan kesombongan kerana malas untuk berfikir dan memahami.

Dakwah nabi dan para sahabat adalah dakwah yang disertai dengan ujian dan tentangan, namun pernahkah kita bandingkan dakwah kita hari ini. Pernah ditanya kepada dr said ramadhan al buti.. Bagaimana kalau orang yang berdakwah sehingga diugut dibuang organisasi atau digertak dengan pelbagai ujian. Kata Dr Said Ramadhan Al - Buti, itu tidak layak dipanggil halangan atau ujian kerana zaman Rasulullah adalah lebih hebat tentangan - tentangan demi memperjuangkan agama islam semata- mata..


Kadang - kadang, kita mudah lupa..tatkala Allah uji kita dengan sedikit keresahan, kita mula hilang arah dan mencaci maki orang lain serta menuduh orang lain sebagai punca. Yakinlah, sedekat mana kita dengan Allah, semakin tenang dan redha hati kita atas apa yang berlaku. Bukan semua perkara di dunia ini Allah buka hijab kepada kita untuk mengetahui hikmahnya, namun yakinlah setiap apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk kita!!

~Jalan Dakwah memerlukan Jihad, Jihad memerlukan Pengorbanan, Pengorbanan memerlukan Kesabaran dan Ketabahan..~

No comments:

Post a Comment