Ads 468x60px

Thursday, January 6, 2011

IBU2..Aku anakmu!!

Wahai adikku, syurga itu di bawah tapak kaki ibu..Kalau kamu menjauhi ibumu, bererti kamu menjauhi SYURGA
Salam, sudah lama tak menulis..terima kasih kepada follower yang masih setia dengan blog ini.

Imam Al-Ghazali pernah menegur kita melalui salah satu tulisannya berkenaan dengan soal keutamaan, seorang ibu telah bersemangat menyambut seorang anak yang lama tidak balik, ibu itu membeli pelbagai bahan untuk persediaan makanan, lalu seorang anak yang warak balik ke kampung...lalu bertanya si ibu dari mana mendapat bahan2 makanan ini??Jika tidak diyakini halal maka ditolaknya sehingga menitis air mata si ibu..Menolak syubhat itu sunat dan kasihkan ibu itu wajib!!lalu di sini perlu diutamakan menerima makanan si ibu selagi tidak diyakini keharamannya..Sesungguhnya halal itu jelas, haram itu jelas..wallahualam,,


Mungkin kita pernah mendengar nama seorang tabi'in yang bernama Uwais Al - Qarni. Beliau seorang abid yang mana Rasulullah SAW pernah menyebut namanya di dalam sabda baginda..setelah itu, Umar ra dan Ali ra, lalu menjadi ghairah untuk memperoleh doa dan maghfirah Allah darinya,, Allah mengangkat martabatnya sehingga terkenal di kalangan penduduk langit kerana beliau amat mentaati ibunya walaupun kecintaannya kepada Rasulullah SAW amat memaksanya untuk berjumpa dengan baginda. Mungkin rakan2 boleh cari kisahnya di internet..

http://www.mymasjid.net.my/forum/display/379713/siapakah-uwais-al-qarni-sebenarnya/



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu." riwayat al-Bukhari
NASIHAT UNTUK PARA IBU

1) Anak itu kurniaan Allah SAW, mungkin juga ujian..jadi pertama dan utamanya, letaklah sepenuh pengharapan dalam mendidik kepada Allah SWT.

2) Didiklah anakmu dengan Islam, sebagai sistem pendidikan yang paling sempurna adalah dari Allah SWT..(generasi hari ini dibentuk oleh sistem pendidikan masa lampau, generasi hari esok dibentuk oleh sistem pendidikan hari ini..analisislah kelemahan pendidikan kita demi kemenangan hari esok)

3)Memanjakan bukan kaedah terbaik dalam penjagaan anak2, saidina Umar Ra mendidik anaknya dengan penuh tegas namun berkasih sayang..jika mereka melakukan kesalahan, jangan biarkan mereka terus menerus dalam kesalahan dalam kadar masa yang kerap..beranikan diri untuk lakukan sesuatu, bukan dengan emosi.

4)Ajarkan anakmu dengan fardu ain..ini merupakan salah satu punca kenapa anak muda hari ini terlalu liar dan rosak akhlak,, mereka terlalu kosong dengan sebarang bentuk nilai kerohanian..

5)Belaian merupakan salah satu kaedah menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka. Menurut salah satu kajian, berat badan bayi bertambah apabila dibelai~bukan makin gemuk..

6)Amalkan surah - surah pilihan serta doa- doa ma'athur/pilihan..kerap doakan kesejahteraan mereka. Doakan mereka menjadi anak yang soleh..
Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
7)dan lain2

sekadar itu tulisan saya kali ini..sebelum mengakhiri terimalah satu puisi yang terjumpa di internet..(Dendangan puisi tanpa suara=>)

PUISI UNTUK IBU

Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…

Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan

Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih

Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu

Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara

Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!

Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!
http://ati-rahma.blogspot.com/2005/02/puisi-untuk-ibu.html

Wabillahittaufiq, wallahualam

No comments:

Post a Comment