Ads 468x60px

Monday, August 15, 2011

SELAMAT BERIBADAH, RAMADHAN KAREEM

Bismillahirrahmanirrahim,


Saya tidak bercadang menulis panjang, sekadar mencoret sedikit peringatan sebaris dua..Ramadhan kali ini, saya dapat rasakan begitu berbeza dengan Ramadhan yang lepas. Subhanallah, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri ini. Saya amat bersyukur kerana Allah masih mengekalkan di atas landasan ketaatan lagi. Jika mahu dikenang, terlalu banyak perkara yang berlaku tanpa disangka2 berakhir dengan natijah yang menakjubkan.


Nikmat iman dan hidayah ini amat manis dan perlu dikecap oleh semua orang. Orang bertanya kepada kita, bagaimanakah manisnya iman itu. Kemanisan yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan biasa. Saya berikan satu perumpamaan, orang yang makan durian yang enak, lalu ditanya bagaimanakah rasanya.. Cukupkah sekadar mengucapkan dengan ucapan 'manis sangat'?. Tidak, melainkan anda sendiri yang mengecapinya. Iman memberi kita keyakinan dan keseronokan dengan islam.. Lalu, apakah lagi makna kehidupan yang lainnya?

Tuesday, May 31, 2011

TIADA DAKWAH TANPA JIHAD




Bismillahirrahmanirrahim..

Makin bertubi2 nasihat dan kritikan dari rakan2 tentang blog yang semakin hilang fungsi. Bukan apa, mungkin rakan2 inilah merupakan asbab istiqamahnya saya menulis dahulu.. Namun, untuk peringatan diri, bersihkan niat sebelum beramal..

Saya bukanlah orang yang layak untuk menulis sesuatu yang besar2, namun sebagai satu lontaran idea untuk perbincangan bersama..

DAKWAH

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ra memaknakan seluruh kehidupan dengan penyebaran islam dengan pelbagai uslub dan kaedah, tidak kurang sanggup berkorban segala- galanya demi tercapainya maksud bersama.



Motivasi buat mereka di jalan Allah swt

Bismillahirrahmanirrahim..

Tadi saya surf youtube dan jumpa satu video yang menarik..






~~AKU DAN JIHAD LAKSANA IKAN DAN AIR~~

Monday, April 18, 2011

Kenapa Masih Belum Istiqamah??


Bismillahirrahmanirrahim,

Tulisan ini adalah untuk dimuhasabah bersama termasuk diri penulis...

Nabi Nuh as adalah seorang nabi yang paling lama hayatnya namun pengikutnya adalah yang paling sedikit.

Nabi Ibrahim pernah ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail as demi melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ismail redha dengan tindakan malah memberi semangat kepada ayahnya untuk meneruskan perlaksanaan perintah tersebut..

Friday, March 11, 2011

Memupuk Cintakan Sahabat Kerana Allah




Rasulullah saw bersabda;
"Apabila salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya."(Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Hakim dan lain2)
Bismillahirrahmanirrahim,

Tulisan ini merupakan ringkasan daripada beberapa buah buku dan sekadar memberi pendedahan kepada yang belum mengetahui dan memperingatkan yang sudah tahu. Sahabat adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai yang wajib kita syukuri dan memilih sahabat yang baik adalah satu kewajipan. Namun, bukanlah kesempurnaan menjadi ukuran sebab mana ada manusia yang sempurna selepas Rasulullah SAW.

Asas utama dalam persahabatan ialah untuk menimbulkan persaudaraan itu sendiri. Namun, ramai antara kita kurang memberi perhatian tentang ini. Dalam ringkasan Ihya Ulumuddin ada menyatakan hak2 persaudaraan dan persahabatan yang mesti dipenuhi.

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDURRASUL

Beriman kepada Rasul bukannya hanya sekadar menutur pada kata2..Sepatutnya kita mampu menggarap seterusnya menghayati sifat siddiq(benar dan tidak berdusta), amanah(jujur dan tidak khianat), tabligh(menyampaikan dan tidak menyembunyikan), dan fatonah(Biajaksana dan tidak bodoh) seterusnya mengamalkannya ke dalam kehidupan ini...

Perbanyakkan selawat ke atas baginda SAW

Mesir masih Hero!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Ketika umat islam bercakap soal diri masing2. Mesir bergolak kerana sebuah keadilan. Mesir pernah menjadi sejarah yang hebat dalam kalendar islam dan akhir2 ini kembali mencipta sejarah. Inilah perjuangan..mencorak kemenangan kehidupan duniawi dan mencari kemuliaan dalam kematiaan.



Allahuakbar

Manusia sepi tanpa perjuangan






Bismillahirrahmanirrahim,,
Anda tidak pernah berseorangan..Sebenarnya kebanyakan anda dalam kebingungan. Mungkin anda masih boleh berdalih namun cubalah anda teliti dan renungkan sejenak untuk apa ini semua. Perjuangan atau survival akan sentiasa berlaku demi mencari makna hidup. Namun, kita disudahkan dengan beribu kebuntuan... ujian kehidupan yang bertalu2,, nikmat yang melimpah ruah, keseronokan yang merosakkan dan rentak hidup yang beraneka dan memualkan. Berjuanglah mencari makna hidup denagn bermatlamatkan tujuan yang abadi.

Wednesday, February 2, 2011

SIAPA KITA??



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Thursday, January 6, 2011

IBU2..Aku anakmu!!

Wahai adikku, syurga itu di bawah tapak kaki ibu..Kalau kamu menjauhi ibumu, bererti kamu menjauhi SYURGA
Salam, sudah lama tak menulis..terima kasih kepada follower yang masih setia dengan blog ini.

Imam Al-Ghazali pernah menegur kita melalui salah satu tulisannya berkenaan dengan soal keutamaan, seorang ibu telah bersemangat menyambut seorang anak yang lama tidak balik, ibu itu membeli pelbagai bahan untuk persediaan makanan, lalu seorang anak yang warak balik ke kampung...lalu bertanya si ibu dari mana mendapat bahan2 makanan ini??Jika tidak diyakini halal maka ditolaknya sehingga menitis air mata si ibu..Menolak syubhat itu sunat dan kasihkan ibu itu wajib!!lalu di sini perlu diutamakan menerima makanan si ibu selagi tidak diyakini keharamannya..Sesungguhnya halal itu jelas, haram itu jelas..wallahualam,,