Ads 468x60px

Monday, April 18, 2011

Kenapa Masih Belum Istiqamah??


Bismillahirrahmanirrahim,

Tulisan ini adalah untuk dimuhasabah bersama termasuk diri penulis...

Nabi Nuh as adalah seorang nabi yang paling lama hayatnya namun pengikutnya adalah yang paling sedikit.

Nabi Ibrahim pernah ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail as demi melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ismail redha dengan tindakan malah memberi semangat kepada ayahnya untuk meneruskan perlaksanaan perintah tersebut..



Nabi Muhammad SAW pernah ke Taif untuk menyampaikan risalah Islam, namun tiada langsung penduduk Taif yang ingin mengikuti malah Nabi Muhammad SAW dilontar dengan batu2 sehingga darah baginda bertakung disebabkan terlalu banyak yang mengalir. Baginda seorang yang amat pengampun kerana perlawaan malaikat Jibril as untuk menghancurkan penduduk Taif ditolak secara baik malah baginda terus bermunajat kepada Allah SWT, supaya mereka(penduduk Taif) diberi hidayah oleh Allah SWT.

NAMUN,,

Bagaimana dengan anda dan saya??
Ketika kita berduka kerana sedikitnya orang yang mengikut serta terkesan dengan dakwah yang disampaikan, kita tidak bermohon kepada Allah. Kalaupun kita bermohon dan berdoa kepada Allah, kita memohon dengan penuh memaksa..sehingga pada satu ketika, kita mulai hilang yakin dengan janji Allah SWT..

Wahai para duat, anda telitilah salah satu kata seorang sheikh ini(Sheikh Ibnu Athoillah As-sakandari),


JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN.(Al Hikam (6))
JANGAN SAMPAI MERAGUKAN KAMU TERHADAP JANJI ALLAH KERANA TIDAK TERLAKSANA APA YANG TELAH DIJANJIKAN, MESKIPUN TELAH TERTENTU (TIBA) MASANYA, SUPAYA KERAGUAN ITU TIDAK MEROSAKKAN MATA HATI KAMU DAN TIDAK MEMADAMKAN CAHAYA SIR (RAHSIA ATAU BATIN) KAMU.(Al-Hikam (7))
Tetaplah dengan jalan agama islam..

Tambahkan imanmu..ramai yang mampu mempercayai Allah adalah tuhan kita dan tidak boleh disekutukan dalam setiap perkara namun berapa ramai mampu beriman bersungguh dengan pengakuan itu. Berapa ramai yang mampu beriman Rasulullah SAW adalah teladan mulia yang datang menyeru suatu agama yang akan ,memperbaiki manusia seluruhnya??Sedarkah anda, kita masih mengingkari baginda dalam sedar dan tidak sedar..

Yakinlah!!ISLAM ADALAH AGAMA DARI ALLAH yang diwajibkan ke atas setiap umat manusia..Bawalah ia di dalam kehidupan sementara ini..

No comments:

Post a Comment