Tuesday, June 8, 2010

Aku seorang musafir..


Bismillah..


Aku menulis lagi..
Harap kita sama2 renung2kan...
Hidup di dunia ini hanya sementara dan akhiratlah sebenarnya yang kekal abadi. Namun ramai manusia bercita-cita jauh hingga melangkaui ajal dan maut yang sentiasa menjengah. Ramai anatara kita hari ini terlalu sibuk mengumpul harta, kesenangan dunia, kemasyhuran dan kemegahan tanpa langsung meragui untuk apa semua ini. Kita tidak pernah terdetik untuk duduk sebentar menghitung yang mana satu saham akhiratku.

Daripada Anas ra, rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Ketahuilah bahawa dunia ini mal'unah (dilaknat ) kecuali zikrullah dan orang yang berilmu serta mempelajari ilmu."
Demikianlah Rasulullah SAW menyifatkan dunia ini yaitu bukanlah sesuatu yang berharga yang boleh kita kumpulkan atau perjuangkan. Di sisi Allah SAW ia adalah hina. Justeru dunia ini dikutuk jika ianya diraih tanpa ada hubungkait dengan akhirat. Jadikanlah ia sebagai modal@jambatan@alat untuk kita meraih keabadian yang hakiki. Kendalikanlah dunia ini dengan penuh teliti kerana kelak kita akan merana tatkala diperhitungkan di hadapan Allah Taala. Telitilah dengan menimbang soal halal haramnya. Uruskanlah ia dengan benar seperti kehendak syariat.

Sunday, June 6, 2010

Kekeliruan masjid Al- Aqsa dan Dome of The Rock



Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan golongan 'Bintang Enam'. Dalam keadaan yang demikian, pihak mereka telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.