Monday, August 15, 2011

SELAMAT BERIBADAH, RAMADHAN KAREEM

Bismillahirrahmanirrahim,


Saya tidak bercadang menulis panjang, sekadar mencoret sedikit peringatan sebaris dua..Ramadhan kali ini, saya dapat rasakan begitu berbeza dengan Ramadhan yang lepas. Subhanallah, terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri ini. Saya amat bersyukur kerana Allah masih mengekalkan di atas landasan ketaatan lagi. Jika mahu dikenang, terlalu banyak perkara yang berlaku tanpa disangka2 berakhir dengan natijah yang menakjubkan.


Nikmat iman dan hidayah ini amat manis dan perlu dikecap oleh semua orang. Orang bertanya kepada kita, bagaimanakah manisnya iman itu. Kemanisan yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan biasa. Saya berikan satu perumpamaan, orang yang makan durian yang enak, lalu ditanya bagaimanakah rasanya.. Cukupkah sekadar mengucapkan dengan ucapan 'manis sangat'?. Tidak, melainkan anda sendiri yang mengecapinya. Iman memberi kita keyakinan dan keseronokan dengan islam.. Lalu, apakah lagi makna kehidupan yang lainnya?