Ads 468x60px

Tuesday, October 26, 2010

Perbincangan Umum Tentang Al -Jihad dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim,

Memandangkan salah satu rukun umat islam yang paling ampuh ini dirobek2 oleh para orientalis dan mereka yang dengkikan Islam dengan bermacam2 pemikiran sesat dan tafsiran melampau, hari ini,, saya ingin menulis dan mengajak para pembaca berfikir sejenak di ruangan post ini. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca khususnya dan umat islam serta dunia amnya..

Al- Jihad bermaksud mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Mungkin jika anda soroti kisah perjuangan rasulullah SAW dan para sahabat rha, anda akan dapati bahawa pada permulaannya mereka berdakwah secara rahsia, kemudian barulah dibenarkan untuk berjuang setakat untuk mempertahankan diri.

Kemudian barulah diizinkan supaya mengangkat senjata ke muka penghalang dan petualang yang mengganggu pembentukan masyarakat islam. Langsung tidak ada kompromi (rujuk tafsir surah At- Tawbah). Hanya golongan ahli kitab yang dibenarkan bersama tunduk dan patuh terhadap negara Islam namun diwajibkan jizyah ke atas mereka.

Di peringkat terakhir, Al- jihad disyara'kan dalam islam yang merupakan kewajipan setiap muslim di setiap masa.

Oleh itu, fahamlah kita bahawa tidak ada istilah Al-Jihad itu defensif semata2 atau ofensif ( agresif ) semata2, bukan sekadar mempertahan atau bukan sekadar menyerang. Tujuan seperti yang menjadi tafsiran dari Nabi dan para sahabat ialah mendirikan masyarakat Islam serta melaksanakan setiap peraturan2 dan konsep2 yang disuruh dalam Islam.

Peperangan adalah lain ertinya dengan makna Al -Jihad dalam islam dan ulama fiqh meletakkannya di dalam bab yang khusus.

Namun, di sinilah menjadi satu serangan saraf yang bertujuan untuk menjadikan umat islam was - was dengan ajaran Islam yang bersumberkan wahyu. Ada dua teori yang boleh disimpulkan (sumber dari Dr Ramadhan Al - Buti).

Pertama, teori yang mengatakan bahawa Islam itu tertegak dan berkembang dengan mata pedang Rasulullah SAW dan para sahabat seterusnya menunjukkan Islam itu AGAMA TERORIST dan agama penindasan. Mereka terus menyiar-nyiar teori ini sehingga masyarakat mula menjauhi islam serta merosakkan makna Al - Jihad yang sebenar.

Kedua, mereka menggunakan teori yang kedua iaitu islam ini agama muhibbah, kasih sayang, serta menolak jihad dan kekerasan, kalaupun ada mereka hanya sekadar mempertahankan serangan luar sahaja, itupun kerana terlalu terdesak.

Cuba anda analisis kedua- dua teori ini dan fahami dari sudut hati yang bersih dari segala kotoran dengki atau anggapan2 buruk. Walaupun kita melihat kedua- duanya dicetuskan dalam keadaan yang terlalu kontra, namun sebenarnya kedua-duanya mencapai tujuan yang sama.

Teori pertama yang mendakwa islam itu bengis, terorist, keras, jahat, zalim ini akhirnya akan mendapat tentangan hebat dari umat islam sendiri. Dalam usaha ulama2 menyangkal dakwaan palsu ini tiba2 wujud pula teori yang kedua yang mendakwa islam itu agama muhibbah, toleransi, seterusnya menolak Al - Jihad dari tempat asalnya. Kononnya, ini merupakan kajian ilmiah yang mempunyai objektif..Kononnya mereka cuba membela dari teori dakwaan yang pertama serta cuba menarik balik teori lama.

Lalu, umat2 yang cetek iman dan dangkal ilmu agamanya mula berpusu - pusu menyokong dan mendokong teori yang kedua sebagai reaksi balas terhadap teori yang pertama itu. Lalu, kita melihat ramai umat islam mula menolak Al-Jihad dari syariat islam sendiri. Kita dapati teori yang kelihatan kontra tadi mula menuju kepada matlamat yang asal iaitu menjauhkan umat islam dari kemaraan dan kebangkitan disebabkan oleh jihad iaitu memastikan Islam agama benar mengatasi segala agama yang sesat lainnya. Mereka berjaya memadamkan roh Jihad fisabilillah dari dada kaum muslimin seterusnya menjauhkan terus mereka dari syariat yang di bawa oleh junjungan besar rasulullah SAW. Wa iya zubillah..

Benarlah firman Allah SWT,

"Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang- orang yang ada penyakit dalam hatinya memandang kamu seperti pandangan pengsan kerana takut mati.
Kemudian, menjadi lebih parah apabila ramai si jahil mula berijtihad dengan menggunakan kaedah HUKUM AKAN BERUBAH MENGIKUT MASA. Lalu terus memadamkan roh jihad sehingga langsung tidak meninggalkan sisa. Kesannya, umat islam mula mundur, hidup dengan mengikut2 tanpa ada tujuan..

Sahabat, renungi post ini..betapa islam ini teruk dizalimi. Mulakan langkah kita untuk menerang atau sekadar memulihkan kepincangan umat.. Jangan sekadar duduk diam dan menerima UNTUNG DOSA...


sekian, wasalam..


SELAMAT BERCUTI!!

No comments:

Post a Comment