Ads 468x60px

Saturday, December 4, 2010

REALISTIK ATAU IDEALISTIK??


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam,
saya menulis lagi,,moga Allah berkati.
salah satu hobi saya adalah merenung kejadian2 dan peristiwa yang berlaku kemudian berfikir sejenak.. Ada beberapa peristiwa yang menarik diri saya untuk menulis tentang tajuk ini. ANTARA REALISTIK DAN IDEALISTIK. Ramai orang mempunyai tafsiran berbeza tentang perkataan ini.. Saya pun masih ragu2 dengan perkataan BOMBASTIK ini...

Idealistik lebih menjurus kepada harapan kita untuk menjadikan sesuatu sesempurna mungkin. Realistik lebih menjurus kepada kenyataan yang terjadi.


Realiti dan harapan adalah sesuatu yang sentiasa berkait dan tidak mungkin akan terpisah. Sebagai contoh, seorang hamba Allah yang mengharap untuk menjadi seorang insan kamil namun bersedih dengan kelemahan2nya sebagai hamba Allah..Lalu, jadilah seperti kata2 yang selalu didengar..IMAN ITU ANTARA AL-KHAUF(takut kerana realiti kelemahan hamba yang boleh menyebabkan harapan gagal) DAN AR-RAJA' (mengharap kepada keredhaan Allah).

Berbalik kepada yang dibincangkan. Apa yang saya faham adalah dua kalimah yang kelihatan bertentangan dan perlu untuk dinilai. Manusia amat cenderung kepada pelampauan..

IDEALISTIK.
Kebanjiran umat islam yang bersemangat terutama kalangan mahasiswa atau remaja dalam membaiki umat yang sedang rosak amat2 dipuji kerana dari sini lah terbitnya pejuang2 ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Merekalah yang mendokong perlunya idealistik kepada seorang mahasiswa atau kepemudaan. Saya menyokong jika idealistik ini dirujuk kepada prinsip atau pegangan yang tegas daripada ideologi2( pemikiran yang menyeleweng)...Ini kerana mereka telah mula menjadi umat yang berfikir untuk mendapatkan sesuatu kebenaran...Alhamdulillah..Namun, Saya menolak jika ini didasari dengan sifat gopoh yang tercela..iaitu menghendaki satu kesan yang IDEAL(perfect) dalam masa yang singkat tanpa menilai sudut perjalanannya..

Idealistik ini sering dikaitkan kepada kebangkitan yang berlaku pada pemuda/i yang membawa suatu arus perubahan. Namun, sedarkah kita ada beberapa sebab mengapa kita sering dipandang rendah.. Kerana buah fikiran kita itu mustahil pada pandangan pendengar,, Mungkin kerana kelemahan mereka atau kita.. Tulisan ini adalah untuk memuhasabah, jadi kita tidak akan menyentuh tentang kelemahan mereka..Seringkali kita terdengar mereka berkata (Kalau benar, buktikan..)

Pada suatu hari, saya bersiar2 sambil melihat kebesaran Allah swt. Kebetulan di hadapan saya merupakan seorang rakan yang memang hebat bercakap sampai setiap perkataannya sentiasa menuding2 orang lain. Namun, tiba2 sekelompok rakan datang, dia langsung tidak menegur namun terus buat hal sendiri. Rupanya fahamlah saya kenapa idealistik ini boleh menjadi sesuatu yang buruk dan negatif pada pandangan akal seorang manusia yang sihat. Seorang yang mempunyai teori yang banyak namun gagal bermuamalah dengan realiti..itukan ibadah namanya.. Bukankah Allah pernah menegur dalam surah As - Sof ayat 2 dan 3..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!.Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."


Ayat ini bukanlah menghalang kita dari memberi nasihat atau amar makruf nahi munkar tetapi satu bentuk ancaman dari Allah kepada kita..Jadi, haruslah kita sentiasa berhati2..

Jadi pada kefahaman saya, IDEALISTIK adalah satu sistem pemikiran yang sepatutnya dipandu bukan untuk ditahan semata2..Islamlah panduan yang paling benar.

REALISTIK
Ramai yang berhujahkan perkataan ini untuk menolak IDEALISTIK yang dibawa oleh golongan di atas. Sememangnya satu kalimah yang cantik kerana menunjukkan betapa berhati2nya mereka dalam berfikir dan meletakkan sesuatu keputusan.

Seorang ulama memberi nasihat kepada seorang anak muda yang baru berkecimpung dalam dakwah,, namun, sikap yang terlalu idealistik telah mencabar ulama tersebut dengan menggunakan satu dalil ayat Al- Quran yang disebut salah baris serta tafsirannya melencong..Dengan kasarnya anak muda ini terus menentang pendapat ulama tersebut..Jika ini maksudnya REALISTIK,, sesuatu yang baik dan positif..Malah, memang kita diwajibkan belajar supaya keluar dari lembah kejahilan..elok juga kita menasihati pemuda ini supaya keluar dari telangkup kejahilan dan bercakap dengan dunia yang realiti..

Seorang ahli yang berpangkat menyelar seorang anak muda yang mahu berbakti untuk umatnya dan bangkit menegur beberapa kemungkaran yang jelas. Lalu ahli yang berpangkat ini mengatakan "Kamu ini terlalu idealistik, cubalah jadi seorang realistik."..Jika ini REALISTIK yang dipertahan..jelas ini tertolak...

Seseorang yang berfikiran realistik mampu memahami kenyataan yang berlaku. Namun, cukupkah ini??

Lalu saya menyimpulkan Kamu harus menjadi seorang yang idealistik sudut pemikiran atau teori dan juga seorang yang realistik sudut perlaksanaan.. Semua itu mestilah mengikut lakaran dan panduan dari islam..Amat berbeza seorang yang berpengalaman dan seorang yang tidak berpengalaman..

Biarlah kamu mengharap sesempurna mungkin, namun sedarlah realiti kelemahan kita mewajibkan kita kembali berserah dan barharap pada Allah..

Faktor2 kebangkitan yang diingkari..
1) Kedangkalan dalam memahami Islam dan Syariat
2) Bangga dengan akal sendiri
3) Sibuk dengan masalah sampingan dan mengabaikan masalah pokok..
4) Berdebat tanpa adab dan menggunakan cara yang kasar
5) Tidak berhikmah..
6) Tidak mahu merujuk kepada yang pakar..

Realiti DAI'(pendakwah)..(peringatan bersama)
Saya melihat kebanyakan pendakwah hari ini masih belum menyelami intipati perjuangan islam dalam kehidupan muslim, mukmin, muttaqin..Mereka bercakap seolah2 sekadar suka2..mereka masih belum mampu berbakti kepada setiap orang di sekitarnya..Mereka hanya sekadar mampu berkata2 tanpa sebarang praktikal yang soleh..Kata orang cakap warak buat haprak!! Apa salahnya tergerak di hati untuk membudayakan salam kepada muslim di jalanan, apa salahnya kalau kita tergerak hati untuk memasukkan kegembiraan sambil bersembang barang sebentar dengan setiap ahli keluarga, masyarakat, atau sesiapa di hadapan kita semata2 merapatkan persaudaraan dalam islam serta memberi contoh kepada mereka..Islam ini bukanlah satu agama yang menolak syariat!!..Islam bukan agama yang juz'i..

Untuk Mahasiswa dan pemuda/i: Mungkin anda tidak dapat menerima nasihat ini hari ini namun anda akan menghadapi satu ujian seperti kebanyakan orang lalui, mungkin ujian kesibukan, atau ujian harta..Kuatkan harapan, dan bersedia menghadapi kenyataan..

Wallahualam..
sekadar pandangan,,

Harapan saya ialah mahu Allah meredhai saya sebagai hambanya..IA

No comments:

Post a Comment