Tuesday, April 20, 2010

Jangan Bimbang...Allah MAHA PENGAMPUN

Bismillah

Baru habis xam da..kali ni aku nak kongsi dengan sahabat2 tentang persoalan dosa dan taubat.

"Bertaubatlah kamu wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"( Surah an- Nur :31 )

" Sesungguhnya Allah menyukai orang - orang yang bertaubat dan menyukai orang - orang yang mensucikan diri ( dari dosa )"
( Surah Al- Baqarah : 222 )


Allah SWT menyukai orang - orang yang bertaubat kerana ia suatu bukti bahawa manusia itu tidak lalai akan dosanya, dan setiap kali dia terkhilaf atau berdosa dia segea menyesali dan lantas mendampingi Allah SWT sambil memohon keampunan dari Allah SWT.

Andai kita melakukan dosa sebesar mana sekalipun, Allah akan mengampunkan dosa tersebut dalam sekelip mata sahaja sekiranya kita bersungguh ingin bertaubat. Allah MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG.

Ada satu kisah yang boleh dijadikan pedoman:

Friday, April 2, 2010

Bila BUDAK DESA berceloteh..(buat sahabat seperjuangan)


Bismillahirrahmanirrahim..

Bila berbicara, aku bimbang mereka tak endah aku. Al - maklumlah, 'BUDAK DESA' lah bos..Tapi aku terpaksa menulis sebab aku nak berbicara kepada MEREKA..


Wahai sahabatku,
Kenapa mesti mengeluh
Kenapa mesti menyesal
Adakah kerana kamu sedang dipilih Allah
antara sekalian umat manusia.
Atau adakah kerana adat jalannya yang berliku??
Lupakah kamu kepada matlamatmu??
Allah..

Wahai sahabatku,
Kamu belum diuji seperti MEREKA
mereka ada yang digergaji sampai terbelah dua.
mereka ada yang didera dengan besi panas.