Ads 468x60px

Monday, February 14, 2011

Manusia sepi tanpa perjuangan






Bismillahirrahmanirrahim,,
Anda tidak pernah berseorangan..Sebenarnya kebanyakan anda dalam kebingungan. Mungkin anda masih boleh berdalih namun cubalah anda teliti dan renungkan sejenak untuk apa ini semua. Perjuangan atau survival akan sentiasa berlaku demi mencari makna hidup. Namun, kita disudahkan dengan beribu kebuntuan... ujian kehidupan yang bertalu2,, nikmat yang melimpah ruah, keseronokan yang merosakkan dan rentak hidup yang beraneka dan memualkan. Berjuanglah mencari makna hidup denagn bermatlamatkan tujuan yang abadi.



enjoy kehidupan yang sementara

Manusia tidak pernah diciptakan sekadar sia2, melainkan ada tujuan tertentu:

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main"
(Ad-Dukhan ayat 38)
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah azza wajalla:

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
(Surah az-Zariyat ayat 56)

Ubudiyyah(ketaatan) kepada Allah Taala amat luas, insyaallah akan ditulis lain kali tetapi secara kesimpulan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Namun, kita ambil salah satu;

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(Al-Baqarah:30)

Allah mahu jadikan kita semua sebagai khalifah, apa yang kita faham tentang khalifah ini. Setengah ulama mentafsirkan khalifah dengan makna "menegakkan agama (islam) dan mentadbir dunia dengannya' . Jadi, islam tak patut difahami dan dikenali dengan cara yang songsang atau juzu
k2. Semoga Allah mengampuni kita bersama.

merempit mencari kepuasan

Apabila anda bukanlah seorang pemimpin sesebuah tempat atau kawasan, anda sebenarnya masih lagi seorang pemimpin. Anda wajib memimpin anggota anda untuk melaksanakan keadilan ke atas diri anda iaitu melaksanakan seperti suruhan agama. Jika anda seorang pemimpin keluarga, keluarga itu wajib menuntut hak keadilan dari anda, dan keadilan yang sebenarnya telah pun digariskan di dalam Islam dan begitulah seterusnya sehingga ke peringkat pemimpin yang tertinggi. Namun, salah satu krisis di akhir zaman ini iaitu pemimpin yang dilantik bukanlah di kalangan ahlinya(orang yang layak).Kalau anda meneliti fekah2 islam, nescaya anda akan menemui tentang perbahasan memilih pemimpin dan lain2. Islam adalah agama yang luas. Kita mahu melihat teori kepimpinan itu mula dihayati secara mendalam.

POLITIK KAMPUS ( suatu persoalan )

Sebenarnya ada adik yang bertanya tentang persoalan ini, "bang, bukan ke kita ni perlu stadi je ke bang? tak perlu kisah pasal ini semua??". Saya jawab,"apa yang adik tahu pasal kecemerlangan??". Adik tu diam. "Adik search pasal ni, ni assignment"..

Kerajaan kita juga sedang memikir bagaimana mahu melahirkan generasi yang cergas dan mahu berfikir. Kerajaan kita menyuruh mahasiswa berorganisasi dan berpersatuan. Ini tidak lain kerana produk sebelum ini tidak memberangsangkan, ada yang jenis tak pandai hormat orang, ada yang jenis gelap wang, ada yang jenis robot, macam lagi. Teori pendidikan masih menemui jalan buntu. Lalu saya memberi satu solution, kajilah balik islam. Anda akan berpuas hati.

Kejadian kita dahulu..
Suasana hari ini, mahasiswa akan mula berfikir secara besar dan kritikal dengan segenap sudut apabila didedahkan dengan kisah politik dan isu semasa kampus. Syariat tidak pernah menutup manusia untuk berfikir apa lagi bermasyarakat.

Politik kampus adalah ruang dan wadah untuk kita berfikir dan mendapatkan jawapan. Namun, kesempurnaan pemikiran akan tercetus apabila dihadiri dengan tindakan. Anda perlu berbuat sesuatu dan orang yang masih tidak mahu berfikir dan menganalisis apa yang berlaku di sekitarnya saya istilahkan mereka sebagai mahasiswa belum matang(budak2).

Tiba2 ada2 satu soalan lagi yang keluar dari mulut adik2 ni, "kenapa arab2 tak membantu palestin bang??Bukan ke diorang orang islam ke??". Aku menjawab "Sebab diorang orang islam macam kita..".

Arghh!! persoalan lagi..kita pakat2 pikir..=))

sekian, wasalam..

No comments:

Post a Comment