Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman...
Beriman kepada Rasul bukannya hanya sekadar menutur pada kata2..Sepatutnya kita mampu menggarap seterusnya menghayati sifat siddiq(benar dan tidak berdusta), amanah(jujur dan tidak khianat), tabligh(menyampaikan dan tidak menyembunyikan), dan fatonah(Biajaksana dan tidak bodoh) seterusnya mengamalkannya ke dalam kehidupan ini...
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata:"Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka"
Apa kata Syeikh Sa‘id Ramadhan AlButi terhadap Imam Al-Banna?
“Sebuah gagasan yang sebati dalam jiwa”
Hasan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Beliau menerima dunia dengan penuh bersahaja. Beliau tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Beliau makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Beliau hidup serba ringkas. Beliau menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ini ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya pada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.
No comments:
Post a Comment