Ads 468x60px

Monday, November 16, 2009

Pagi itu aku menyesal...

Bismillah..

Pagi itu terlalu sayu bagiku. Aku masih di beranda melihat sang fajar.. cantik!! Aku bakal mengakhiri semesterku pada tahun ini. Aku bukanlah di kampung untuk menggambarkan suasana semacam lagu damai - nowseeheart. Aku bukanlah di kawasan hutan yang masih belum tercemar kualitinya. Bila aku melihat alam tuhan, aku rasa kerdil..
Aku mahu bermuhasabah!!

Aku cuba merenung jauh.. Hari ini dan sebelum2 nye, aku telah berkata perkara2 yang aku tidak pasti kebajikannya. Kadang - kadang melalaikan, kadang - kadang menjadi maksiat. Aku menyakiti, aku menipu, aku bertekak, aku melakukan macam2 yang tidak masuk akal ia adlah satu nilai yang mulia. Aku kurang bertafakkur dan bertadabbur. Teringat aku pada satu hadith yang mengatakan dua lubang yang banyak menyebabkan manusia ke neraka adalah mulut dan kemaluan. Aku cuba meneliti dan berfikir. Memang mulut mudah menutur tetapi akal lambat menafsir.



Aku malu bila aku pantas berkata hal kebaikan namun aku lambat berbuat hal kebaikan. Tatkala aku diperdengarkan ayat al - Quran surah As-Soff: ayat 2;

Wahai orang - orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.

Tatkala, ustaz mula menghuraikan, aku melihat ia seolah2 aku. Bukan!! memang aku.. Aku bimbang perkara yang sering menjadi mujahadah ahli tasauf iaitu penyakit riya' telah bersarang dalam hatiku menyebabkan ia menolak semua sifat2 baik yang ingin membiak. Teori tak macam amalan. Ramai orang boleh berkata tapi sedikit orang yang berjaya mengharungi. Aku juga merasa sesak dan derita dalam perjuanganku. Orang yang berjaya berjuang dengan diri adalah orang yang telah bersedia untuk berjuang untuk umat.

Ku mula merasa beratnya beban dosa. Tapi aku pernah mendengar ustaz kate orang yang beristighfar akan terhapus dosa2nye bagai buih di lautan. Mudahnye, tapi aku berat mengucapkannye......Astaghfirullahalazim!! aku merasa tenang..Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjuangan hdup ini. Tambahilah ilmuku agar aku menjadi takut dan harap kepadamu seperti takut dan harapnya ulama'2 kepada - Mu..

Aku menulis kerana ingin berazam...

Al - Faqir
mastermind

No comments:

Post a Comment