Ads 468x60px

Thursday, August 20, 2009

Buat para dai'e.



Bismillah..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing(ghuraba')."


~Riwayat Muslim~


Salam, blog ini pun dah berabuk jadik nak ambik kesempatan sebelum Ramadhan menjelang untuk mengpostkan satu lagi post. Ayat pun dah belit2 dah..lame tak menaip.


Kali ini just nak conteng2 jek..mgkin tak banyak isi sangat tp celotehnye panjang..haha..


ISLAM adalah satu kebenaran yang terasing namun di celah keramaian, hanya agama benar ini sahaja yang bercahaya di dalam kegelapan yang amat menyesatkan. Daripada hadis yang di atas, secara jelas mereka yang berbaiah dengan syahadah islamiyah, iaitu muslim mesti mengamalkan islam walaupun dalam keadaan terasing. Sememangnya sesuatu yang manis hanya akan di kecapi oleh mereka yang selama ini bergelumang dengan makna masamnye kehidupan. Itulah perencah dalam kehidupan sebagai seorang islam lebih-lebih lagi mereka yang komited dalam tugas dakwah


Daripada Thauban r.a., Nabi S.A.W bersabda: " Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong) mereka, sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian."
~Riwayat Muslim~


Nasihat buat para Daie..


Pada cuti ni..banyak yang dapat dikongsi buat para daie..


antaranya:


Disebut dalam sebuah hadith:


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu."
~Riwayat Al-Bukhari dan Muslim~


Hadith ini menegur supaya dalam penyampaian Islam, tidaklah menyusahkan tetapi mempermudah. Hadis ini menggesa agar berlemah-lembut dan bersefahaman. Ini kerana, kebanyakan kemaslahatan terhasil dgn cara persetujuan dan persefahaman. Apabila wujud perselisihan maka hilanglah kemaslahatan.(Syarah Sahih muslim)


Di zaman mutakhir ini, seorang daie mestilah lebih memuliakan kalimah syahadah yang ada dalam setiap mad'u. Oleh itu, memperkeras atau menyusahkan serta menyulitkan adalah kaedah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh para dai'e kerana bakal mengundang kemudaratan yang besar. Tidak hairan jika mereka akan hilang keyakinan terhadap agama yang dianuti disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh para dai'e.. Gunakanlah kepintaran dalam mengolah suasana supaya penyampaian menjadi lebih berkesan mengikut level mad'u.


Akhir kata, sy ingin menasihati diri saya yang akhir-akhir ini makin lesu, adat dalam berdakwah, cubaan akan sering mendatangi samaada dari syaitan dari kalangan manusia atau syaitan dari kalangan jin. Pikullah taklif (beban agama) amanah ini di mana bukit dan ciptaan Allah yang lain takut menerimanya namun manusia berani untuk menjunjungnya..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Semoga Bulan ini menjadi titik muhasabah kita untuk menempuh perjalanan yang lebih sukar.


Wslm..

No comments:

Post a Comment