Ads 468x60px

Tuesday, June 2, 2009

Renunglah dan bersyukur~~


Ptg ni terasa agak letih plak. Nak tido petang x bleh sbb umi cakap org tido petang ni mewarisi kegilaan..Uish!!xjadik2.hahaha. Dalam dok belek2 laptop tetibe rase cam nak denga Tafsir IKIM ~Ustz Zahazan pasal surah Ar Rahman. Beh!!. Jom kite share tp xsume la..

Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah Taala mempunyai pasangan dan pasangan Al-Quran ialah surah Ar-Rahman~hadith (musnad al-Banjar) .

Nabi muhammad SAW tatkala membaca surah ini, terkelu lidah para sahabat lalu terdiam. Maka nabi SAW bersabda' Sesungguhnya kenapa aku lihat kamu diam apabila dibacakan surah ini. Saudara2mu dari kalangan jin islam bile mendengarnya, mereka berkata wahai tuhan kami tidak ada satupun nikmat yang kau sebutkan dalam surah ini yang kami nikmati yang kami tidak mampu untuk syukuri. Segala kebenaran milikMu, kami pasrah dengan ketentuanMu. Segala pujian milikmu.' ~ disahih oleh Al-hakim.

SABAR DAN SYUKUR. Sabar ketika ditimpa musibah dan syukur ketika mendapat nikmat.

Dalam buku Jadilah Orang Yang Paling Bahagia
penulis:Dr Abdulllah Al-Qarni

lihatlah nikmat menerusi jendela orang yang susah..
lihatlah kepada orang yang sakit, nescaya anda akan mengerti erti sihat
lihatlah kepada orang yang gila, nescaya anda akan mengerti erti akal yang waras
lihatlah kepada orang yang dipenjara, nescaya anda akan mengerti erti bebas kerana mungkin anda tidak sedari anda dihujani jutaan nikmat yang tidak anda syukuri

Dalam satu siri halaqah tv9 yang membicarakan tentang kenapa perlunya bersyukur. Panel yang masih saya ingat mase tu ialah Dr Danial Zainal Abidin. Banyak beliau mengeluarkan fakta2 sains dan mengaitkannya dengan nikkmat2 Allah. MasyaAllah, rupenye banyak sangat.aiseh..nilah manusia, tatkala diberi nikmat tapi xsedarpon..tp bile diberi dugaan atau kesusahan mulalah nak menjerit minta tolong dgn Allah. Kate beliau, Bagaimana hari ini jika Allah minta kite sume bayar bil2 oksigen yang kite pernah gune..macam bayar bil letrik kat rumah. Aduish, x terdaya kite.. Inilah Maha Pemurahnya Allah Taala namun terlalu susah untuk kita bersyukur..

Sedarlah, kite ini hanya hamba dan khadam Allah Taala. Pusing2 pun sume milik Allah..kate seorang ustaz kalau benarlah kite ni tidak mahu bersyukur dan merasakan ia adalah perkara yang tak masuk akal..buatlah bumi sendiri, makanan sendiri, oksigen sendiri, tumbuhan sendiri malah buatlah teknologi anda tanpa guna barang2 milik Allah. Pastuh kalau nak berkawan, ciptalah..tengok jadik x. Aduish, geli hati dibuatnya tapi betul jugak, manusia hanya mampu membentuk, mengubah, dan mengadun benda yang telah dicipta Allah. Hanya Allah layak digelar Pencipta..

Wallahualam..

tulisan santai sket..^_^

wslm..

No comments:

Post a Comment