Ads 468x60px

Tuesday, May 26, 2009

Doktor dan Pesakit..


Ramai di dalam dunia hari ini sedang sakit..Namun masih belum menyedari ketenatan yang menular secara halus lalu menjadi barah pemusnah kehidupan. Ketenatan yang memerlukan rawatan berterusan yang akhirnya bakal menyembuhkan mereka sedikit demi sedikit.

Kalau diperhatikan, pesakit ini beragam-ragam sakitnya. 'Hati Yang Sakit' yang akhirnya menjadi 'Barah Hati', kemudian membutakan mata hati, 'Akal yang Jahil' yang akhirnya membawa mudarat, kemudian merosakkan hidup seluruhnya, 'Iman yang Tenat' yang hampir2 terbunuh dek virus nafsu yang tidak dirawat. Pesakit ini ingin dirawat namun siapakah si doktor yang setia, yang sanggup merawat, memberi perhatian, menunggu bersama- sama keputusan takdir Yang Esa.

Namun, doktor ini kian berkurangan dan hampir2 ketandusan. Doktor yang memahami erti sakit dan tenatnya seorang pesakit, doktor yang sanggup memberi senyum pemberi semangat walau diri dalam keadaan susah, doktor yang berhempas pulas mencipta strategi2 dan teori2 dalam rawatan mereka, doktor yang sanggup menolak kepentingan diri demi matlamat yang mulia, doktor yang sedar akan matlamatnya demi redha Allah semata.

Bagaimana mungkin seorang pesakit akan sembuh apabila ubat yang diberi hanya dengan lontaran, atau pemberian yang acuh tak acuh. Bagaimana mungkin seorang pesakit yang keras kepala dan hati yang memberontak bakal menelan ubat tanpa pujukan dan penerangan secara berhikmah si doktor. Bagaimana mungkin pesakit yang selama ini fobia apabila berhadapan dengan doktor menerima ubat jika disitu tiadanya *ukhwah yang menyatukan persaudaraan muslim. Bisakah mereka menerima dari seorang yang mereka langsung tidak kenal..

Hakikatnya mereka adalah seorang *daie yang setia dengan tugasnya dan *mad'u yang kian parah selama bumi ini masih lagi berputar.

Itulah dia analogi seorang daie dan seorang mad'u. Manusia ini pelbagai ragam dan tugas seorang daie ialah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sikap2 mad'u. Bukan menghukum tapi merawat.Bukan mudah untuk mendamba syurga Allah yang hakiki. Medan dakwah bukan kerja senang yang hanya perlu omongan yang berhela2 panjang dan mengharap hasil yang melimpah2 tanpa ada usaha yang tetap dan berterusan. Janganlah ada sebarang benci atau marah apabila berhadapan dengan mereka kerana itu hanyalah akan menambah kesakitan. Ikhlaslah kerana Allah Taala^^..

*Doktor pon akan sakit jugak..so xyah sombongla..^_^

*daie= Pendakwah
mad'u= sasaran pendakwah
ukhwah=jalinan persaudaraan islam yang kukuh



No comments:

Post a Comment