Ads 468x60px

Friday, May 1, 2009

Assalamualaikum^^

Minggu ini dah mnggu last final xam. Bagi yang sdg mduduki xam, selamat mnduduki peperiksaan. Mohon Allah permudahkan, InsyaAllah~~. Saje saya nak bawak kite sume ke alam berfikir yang akan membawa kepada mardhatillah... insyaAllah..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang y
ang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata:"Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka"

~Ali-Imran:190-191~


Bukan niat nak mengajar sebab saya bukanlah seorang yang layak untuk smpaikan ilmu cume sekadar mengajukan pandangan dangkal moga2 mmberikan maslahat bersama. Sesungguhnya agama itu nasihat. Dan umat akhir zaman perlukan nasihat agama supaya mereka ini tidak bertuhankan nafsu dan berajakan syaitan laknatullah.


ISLAM ITU INDAH. Namun ramai yang masih belum menghayati termasuk diri saya sendiril. Dalam nak menghayati ini perlulah ade ilmu yang dapat mrungkai masalah yang bermain di fikiran dan ilmu itu mstilah berniatkan kerana Allah semata - mata. Sebagai contoh, islam meraikan maruah dan aib insan kerana islam melarang keras seseorang yang mengumpat keburukan orang lain apatah lagi memfitnah.


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani



~Al-Hujurat: 12~



Oleh itu, kesimpulan carilah jalan dalam nak menghayati apa itu islam, adaptasilah ia ke dalam segenap ruang litup kehidupan kita sebagai muslim dan carilah ilmu mengenal Allah. Assalamualikum~~

No comments:

Post a Comment