Ads 468x60px

Sunday, June 14, 2009

Malu Tapi Mahooo..



Malu Sebahagian Dari Iman
Sebenarnya yang nak disampaikan ialah malu dalam islam khususnya wanita. Malu adalah sebahagian dalam islam. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu ialah mahkota wanita..Ada 3 perkara yang baik bagi wanita namun buruk bagi lelaki iaitu malu, takut dan bakhil. Kenapa ye??? Sebenarnya malu seorang wanita akan menjauhkan mereka dari maksiat. Bagi lelaki, kerja mereka bakal stop la..Namun tidaklah salah bagi lelaki untuk merasa malu kerana disebutkan dalam sebuah hadith.

Dari Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu, bahwasannya Rasulullah S.A.W melewati seorang lelaki dari sahabat Ansar sedang menasihati temannya tentang rasa malu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Biarkan ia, sesungguhnya malu merupakan sebahagian dari iman.


Takut wanita menyebabkan mereka selalu kemana2 dalam keadaan berteman. Dan lelaki yang takut akan menyebabkan mereka berkelakuan seolah2 seperti wanita dan tiadalah semangat mereka dalam berjuang demi agama dan tanahair.. Bakhil seorang wanita menjadi baik kerana menyebabkan mereka akan selalu menjaga harta daripada pembaziran khususnya harta suami. Takdelah asyik shopping jek..^^.

wallahualam. Ini merupakan kata2 seorang ayah pada anaknya.

Namun islam masih membuka ruang kecil pada malu wanita iaitu kepada perkara yang hajat atau keperluan. Inilah yang selalu orang kate malu itu biar bertempat. Secara asasnya malu wanita itu mulia namun ruang kecil dibuka untuk keperluan2 seperti dalam soal mencari ilmu atau dalam soal2 keperluan yang laen..

Malu Kunci Kebaikan

Di dalam dunia globalisasi hari ini, teknologi seperti cendawan slepas hujan..pesatnya yang teramat sangat. Namun, jiwa2 muslim masih lagi faqir..langsung tidak menunjukkan kemahuan untuk memartabatkan islam sebagai ad-din . Ramai yang memandang malu seorang wanita itu hanya membawa keburukan padahal hakikatnya malu membawa kepada kebaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Lalu mereka secara pasti meletakkan satu usaha untuk melunturkan malah menghapuskan terus malu wanita yang pada hakikatnya jauh membawa kebaikan daripada keburukan.

Bayangkan jika seseorang wanita itu malu untuk melakukan sebarang maksiat. Pertama malu pada diri sendiri, kedua malu kepada masyarakat khususnya muslim dan yang terakhir malu kepada Allah S.A.W yang secara pasti mengheret dari satu daerah keburukan yang memalukan ke satu daerah kebaikan yang menyenangkan. Alangkah hebatnya Islam..Sebagai contoh, wanita muslimah mudah kabur dengan pergaulan yang tidak sihat serta bebas tanpa sedar akan batas2nya. Di situlah jatuhnya harga seorang muslimah ke satu harga yang tidak sepatutnya..harga2 yang telah siap ditawar2. Sedarlah bahawa ramai lelaki2 sedang menawar mahkota malu anda supaya mereka dapat membeli dengan harga yang terlalu murah. Dan tidaklah keterlaluan dikatakan mereka sanggup mintak free..aduyai!!

Janganlah menjadi seorang peniaga yang gilakan keuntungan sementara tetapi jadilah seorang penjaga dan penyimpan mahkota yang melambung2 harganya. Junjunglah mahkota malu anda dengan memandang kepada musuh2 yang sedang mencipta rancangan mencurinya. Janganlah kelak anda akan diseksa oleh Yang Maha Pencipta dek kegagalan anda menjaga AMANAH RAHSIA ini...

INGAT!!

Inilah Mission Impossible anda!!^^

wslm..

4 comments:

  1. sye ske bce entry nh...
    betape wanita perlu menjunjung tinggi sifat malu yg ada pd mereka itu...
    btul x qori??

    ReplyDelete
  2. malu yang membuahkan iman yang sempurna..wallahualam

    ReplyDelete
  3. salam.bagaimana dengan malu disebabkan rendah diri/rasa tak layak. adakah malu ini sesuatu yg positif?

    ReplyDelete