Ads 468x60px

Friday, October 2, 2009

PERINGATAN BUAT SAHABAT!!


Bismillah,
SELAMAT HARI RAYA

Saya menulis kali ini nak memperingat diri saya dan sahabat sekalian. Mungkin ringkas, tapi perlu juga diambil perhatian.

Sebelum saya memulakan kalam, eloklah saya memetik kate2 imam Al-Ghazali " Jangan dibiarkan seseorang yang tidak kukuh ilmu akidahnya untuk mempelajari ilmu tabi'i (sains)!" Lebih kurang macam tu la..

Baik, persoalannya kenapa??

Ilmu sains yang tidak dipelajari dengan betul atau selari dengan syara' boleh menjadi fasik dan kufur. Teruk? memanglah..Yang pertama ilmu sains ini berkisar dengan hukum adat iaitu sesuatu yang menjadi kebiasaan ianya berlaku. Contoh: apabila seseorang makan dengan banyak, maka dia kenyang.

Hukum adat berdasarkan kepada
kebiasaan berulang-ulang natijah sesuatu perkara. Pendek kata sesuatu peristiwa mesti ada sebab dan akibat. Tengoklah hukum newton ke hukum dalton. Semua itu didapati berdasarkan keputusan eksperimen dan itu merupakan natijah yang berulang2. Hukum adat pula adalah hukum harus pada akal. Maksudnye boleh jadi jadi atau boleh jadi tak jadi..


Andai perkara itu tak jadi, boleh ke kita tolak mentah2?? Mane boleh!! Setiap sesuatu benda yang berlaku semua dalam kekuasaan Allah. Jadi, perkara yang berlaku itu dengan keizinan Allah Taala. Konsep pemahaman tadi boleh membawa kepada kufur.

Jadi, bagi rakan2 yang belajar sains termasuk saya sendiri, banyak perkara di dunia ini di luar sempadan sains. Jadi, eloklah di dalam dunia pendidikan hari ini, yang terpisah dari sains dan agama, cuba2 lah untuk menimba sebanyak mana ilmu agama di samping ilmu sains yang dipelajari.

sabda Rasulullah S.A.W:
Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah takwanya, sesungguhnya tidaklah bertambah ia daripada Allah melainkan semakin jauh dari Nya.

Hakikat Sains dalam Islam (Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah)

Islam tidak menolak pembelajaran sains malah menggalakkan umatnya mempelajarinya sains. Namun, perlu diingat bahawa ilmu sains ini masih lagi termasuk dalam fardhu kifayah. Jadi, bagaimana keutamaannya jika dibandingkan dengan ilmu yang fardhu ain.

Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara:

Pertama: Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:

“Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.”

Begitu juga mesti mengetahui usul-usul muamalat yang perlu dan mesti wujud di dalam kehidupan setiap orang Muslim untuk bertukar ganti manfaat barangan, menyuburkan kehidupan bermasyarakat dan menstabilkannya seperti halalnya jual beli, meminjam, bersyarikat, ketentuan perwarisan, juga hukuman-hukuman yang telah dinaskan terhadap jenayah seperti hukuman murtad, membunuh, zina, qazaf, mencuri, hirabah dan hukuman meminum arak.

Kedua: Mengetahui perkara haram yang qat’i dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa.

Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui perkara secara terperinci tentang sesuatu fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya.


Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian.

Al-Imam al-Ghazali telah menulis suatu bab tentang ilmu yang terpuji dan ilmu yang keji, bahagian-bahagian dan hukum-hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardhu ain dan apa yang fardhu kifayah. Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk “Penjelasan tentang ilmu fardhu kifayah”:

“Ketahuilah bahawa fardhu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainnya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu. Ilmu apabila disandarkan kepada fardhu yang akan kita bahagikan ini terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Maksud saya terhadap ilmu syariah ialah ilmu yang kita perolehi daripada para Nabi a.s. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan juga tidak diperolehi melalui pendengaran seperti ilmu bahasa. Ilmu–ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu yang terpuji, ilmu yang dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan.

Ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.

“Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.”

“Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu kelebihan dan bukan kefarduhan adalah seperti mendalami perkara-perkara yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik, hakikat-hakikat perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang diperlukan.

“Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu-ilmu syair yang berfaedah, ilmu-ilmu rsejarah dan yang seumpamanya.”

Saya ada seorang sahabat. Sahabat saya ini sedang mempelajari bidang kejuruteraan. Namun, dia ini bersemangat dalam memperkatakan tentang islam. Sampai di satu masa, dia menyatakan hasratnya kepada saya, "mastermind, aku nak sambung belajar pondok la lepas abis degree ni, lepas tu aku nak smbung belajar azhar kalau ade rezeki. Aku tengah save duit ni.". "Kau nak ambik ape??". Lalu dia pantas menjawab "hadith!!".

Subhanallah!! Ade 2 point yang saya boleh ambik iktibar di sini. First, seorang mukmin yang diberi hidayah akan menyesal jika berterusan dalam keadaan jahil dan akan cuba mencari jalan untuk membaiki kelemahannya. Kedua, jelas bahawa ramai yang masih menyesal degan keadaan sistem pendidikan yang tidak dimulakan dengan yang fardhu ain atau basics in islam.

LEARN SCIENCE BASED ON ISLAM'S WAY

Sekali lagi saya tegaskan mempelajari sains tanpa pengukuhan ilmu yang fardhu ain boleh membawa kepada fasiq dan kufur.(rujukan dari seorang alim).

::Saya bukan nak menghukum tetapi ini sebagai peringatan kepada saya dan juga anda/ mohon ampun andai terkasar bahasa..

::JOM MEREMPIT TANPA TERSESAT!!

No comments:

Post a Comment