Ads 468x60px

Friday, September 24, 2010

Masalah kita..

Bismillah..

Sahabat - sahabat yang dihormati sekalian,

Apabila ditanya tentang MATLAMAT hidup, lalu kita katakan matlamat hidup kita adalah menggapai keredhaan Allah semata. Lalu apabila ditanya lagi apa PRINSIP hidupmu, lalu kita sekali lagi katakan ISLAM sebagai Prinsip Sebenarku..

Namun pernah tak sekali kita renungkan setiap apa yang kita perkatakan serta iqrarkan. Atau hanya satu pendustaan untuk matlamat kepada selain Allah SWT. Betapa perjuangan ini penuh agenda kemunafikan!! Nauzubillah..

'KITA TERLALU JAUH DARI LOT SEBENAR'
Dulu, moto itu yang selalu dilaung - laungkan, namun hanya tinggal kata2. Perjuangan yang langsung tidak berasas. Istilah ini selalu digunakan untuk menggambarkan betapa jauhnya kita dari apa yang kita gariskan dalam sesuatu Amal Islami.



Apabila berdakwah, ada sebahagian mula mendustai dengan matlamat yang diperjuangkan. Kata mereka MARDHATILLAH, lalu mereka halalkan tugas serta kaedah mereka. Mereka halalkan pemikiran mereka. Jikapun apa yang dibuat seolah benar, mereka berniat kepada selain Allah.

Lalu, tanpa sedar mereka teranjak dari lot tapak yang asal yang sepatutnya mereka dapat balasan nikmat yang berganda2. Mereka membangunkan rumah2 serta binaan di atas tanah yang mereka dakwakan islam namun bila diukur bangunan mereka terletak di tanah orang lain.

Satu hari, pemilik geran akan meminta haknya dan ketika itu apa yang dilakukan hanyalah dua, sama ada mereka akan berdegil dengan mendakwa mereka sedang melakukan yang hak walaupun sebenarnya mereka sedar itulah kebatilan atau mereka akan terus menyepi dan bersedih serta menyesal kerana masa yang diperuntukkan sudah terlalu panjang namun hasilnya sia-sia.

Ramai yang akan melakukan perkara pertama iaitu mendakwa itu adalah haknya walaupun mereka sedar itu bukanlah haknya. Ketahuilah bahawa Allah akan menghakim kita berdasarkan peta yang sebenar bukan peta yang didakwakan benar!! Cuba renungkan..

Jadi, biarlah bangunan lama itu tersergam di tapak lama, namun kita ubah pendirian kita ke arah tapak serta peta yang sebenar iaitu ISLAM yang hakiki. Binalah rumah di sini. Tambahkan ilmu supaya kita mengenali serta memahami di manakah tapak sebenar supaya perkara yang sama tidak berulang.

Umat Islam tidak akan masuk lubang yang sama dua kali

Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..
Sekian, SELAMAT BERJUANG SAHABATKU~

No comments:

Post a Comment