Ads 468x60px

Friday, July 23, 2010

Ke arah sebuah kesatuan sebenar

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Kami dicadangkan mengupas tentang peribahasa ini. Secara logiknya,ramai orang bersetuju kesepakatan dan penyatuan merupakan satu kemestian untuk melihat sesuatu bebanan dapat dijalankan secara terancang dan efektif. Namun, pencarian kita masih lagi berbentuk persoalan dan teka- teki. Apakah formula penyatuan yang paling berkesan?? Cuba anda fikir dan kaji secara teliti.


Kalau hari ini, kita banyak menjadi Pak Turut, biarlah pekerjaan itu meningkat ke satu tahap lagi, Pak Pikir, kalau kali ini, kita telah sedia menjadi Pak Pikir, biarlah peningkatan itu berterusan ke satu tahap lagi iaitu Pak Buat.


Jadi, rase-rasenye, apakah rumus yang terbaik...

Setiap kesatuan dan kesepakatan mesti dipusatkan oleh sesuatu. Seperti bagaimana kesatuan anggota2 dalam tubuh berfungsi dengan pemusatannya pada hati.. kalau orang bercakap di sudut kerohanian dan di jantung.. kalau orang itu berotak saintis. Juga, bagaimana kesatuan pentadbiran di sebuah negeri atau kawasan akan dipusatkan oleh sesuatu tempat atau ibu negeri untuk sesuatu pentadbiran yang efektif dan tersusun.



"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam dan Al Quran )dan janganlah kamu bercerai berai kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, (semasa jahiliyyah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu."(Al- Imran: 103)

Ayat ini menetapkan bahawa wajibnya sesuatu masyarakat dalam keadaan bersatu - padu. Namun, di dalam ayat ini juga memberi kata putus sebaik- baik jalan menuju ke arah itu iaitu mestilah dipusatkan pada tali Allah (Islam) atau kata mudahnya mengikuti setiap sistem pantang - larang Islam.

Setuju??

Suasana hari ini telah menjadi hikmah kepada kita akan keperluan umat ini bersatu. Kita telah merasa pedih menyaksikan betapa hari ini umat islam telah hilang sikap kepedulian, sikap tolong menolong dan kita telah menjadi satu suara yang terlalu kerdil di abad ini. Sedangkan, kita dulu merupakan umat yang memerintah dengan sistem yang paling sesuai dan lengkap.

Ketahuilah sahabat yang disayangi, akal yang pelbagai ini tidak mungkin bersatu kecuali kepada satu prinsip yang kita yakini terlebih dahulu dan umat - umat tidak mampu bertemu di atas paksi lain yang mampu menarik mereka dari terus berpecah dan bercerai berai. Kepelbagaian puak, bangsa, pemikiran, suasana dan lain - lain memaksa kita berpegang kepada satu pusat yang sama, yang benar - benar tertanam di sanubari dan menjadi satu lingkungan bulatan yang kukuh. Bayangkan kamu menyeru mereka dengan berbagai taktik ke arah penyatuan dan kerjasama dan kamu berikan berbagai- bagai amaran dengan bencana2 akibat perpecahan, adakah mereka mendengar dan mulai patuh, atau hanya sekadar menerima atau langsung tidak memberi kesan??

Telah terbukti, bahawa umat yang beranika ragam ini tidak akan ditunduk dan seruan itu hanyalah seperti menyeru air yang mengalir di muka bumi supaya berhimpun sedangkan tidak ada pun mana2 kolam atau lembah!!

Ada orang cuba menggunakan kebendaan dan keseronokan sebagai paksi penyatuan, namun telah terbukti bahawa kesemua ini menyekat dan mematikan kewarasan serta kehebatan mereka serta menjadikan ini sebagai satu titik baru untuk perpecahan yang lebih besar.

Cuba kita imbas kembali sirah Nabi Muhammad S.A.W yang berjaya menyatukan Aus dan Khazraj serta golongan Muhajirin sehingga pelbagai cubaan dan taktik busuk musuh dapat ditangani dengan mudah. Yahudi dan musuh2 islam sentiasa melakukan tipudaya-tipudaya dan cuba menyemarakkan api permusuhan supaya kesatuan mereka retak. Ini merupakan satu keajaiban dan kekaguman yang tidak boleh dinafi!!

Oleh itu, kita tambah sikit..
bulat manusia kerana muafakat, bulat muafakat kerana Islam..
hehe..tak tau lah betul ke tak..


"Dan bahawasa sesungguhnya inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain itu) mencerai - beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa" Al-An'am: 153
Lalu, dengan tegasnya kita katakan sebenarnya apabila engkau berpaling dan meninggalkan prinsip yang diajar Allah SWT ini serta mengambil prinsip persangkaan manusia, nescaya kamu akan bertarung dan bertengkar kerana kelemahan prinsip yang menjadi pegangan. Di situlah puncanya kita tak mampu bersatu....

Sekian. ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment