Ads 468x60px

Tuesday, October 26, 2010

Perbincangan Umum Tentang Al -Jihad dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim,

Memandangkan salah satu rukun umat islam yang paling ampuh ini dirobek2 oleh para orientalis dan mereka yang dengkikan Islam dengan bermacam2 pemikiran sesat dan tafsiran melampau, hari ini,, saya ingin menulis dan mengajak para pembaca berfikir sejenak di ruangan post ini. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca khususnya dan umat islam serta dunia amnya..

Al- Jihad bermaksud mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Mungkin jika anda soroti kisah perjuangan rasulullah SAW dan para sahabat rha, anda akan dapati bahawa pada permulaannya mereka berdakwah secara rahsia, kemudian barulah dibenarkan untuk berjuang setakat untuk mempertahankan diri.

Tuesday, October 19, 2010

Tangisan buat Umat..

Assalamualaikum,,

Bismillahirrahmanirrahim,

Kumulai kalam penulisan kembali..


Aku terkenang kisah lalu,
Ketika Islam masih dijulang tinggi,
Ketika Abu Bakar tegas dengan fitnah pemusnah agama
Ketika Umar Al-Khattab melaungkan kalimah Jihad
Ketika Umar Abdul Aziz merisaui rakyat.
Ketika Salahuddin merempuh Baitul Maqdis
Ketika Al - Fateh menumbangkan Constantinople.
Ketika kesejahteraan tidak mampu dicabar.
Namun, aku masih berangan....

Wahai umatku,
hari ini kita dicaci walau bukan seperti dibenci
mereka sedang mencuri walau tuan masih berdiri..
mereka sedang membunuh walau tanpa pedang yang terhunus..