Ads 468x60px

Thursday, September 17, 2009

Post Sebelum Raya!!

"Hidup mesti enjoy!! nanti mati dah tak dapat dah. haha!!"

Astaghfirullah!! Ungkapan ini terkeluar daripada mulut salah seorang rakanku.. bukan kat U ni..kat tempat lain la..kat Australia kot..

Sambung..

bukan sekali..tetapi banyak kali ungkapan yang ala2 glamor ini dituturkan. Mungkin berniat atau mungkin tak berniat atau mungkin cume nak up to date..ikut barat. entahla..

Benar ke macam tu??Mereka melihat seolah -olah manusia ini cume jasad yang hanya akan berakhir apabila kematian menjemput.

Pandangan ini diistilahkan sebagai daging oriented. Mereka berpandangan bahawa manusia ini dicipta kerana tubuhnya atau jasadnya sahaja. Sebab itulah sering terjadi pada diri kita bahawa pemikiran enjoy sepuas2nya sebelum mati, atau nilai kemanusian dinilai tanpa cenderung kepada aspek agamanya atau kes2 yang lebih kurang macamtu..


Pandangan ini sebenarnya telah bermula sejak penciptaan Nabi Adam a.s lagi. Bukankah iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s kerana beranggapan Nabi Adam a.s ini dicipta dari tanah manakala dirinya dicipta dari api. Tidak mungkin api akan sujud pada tanah. Iblis tidak dapat melihat kemuliaan Adam a.s, dia hanya dapat melihat bentuk luarnya sahaja. Jadi, mungkin jika kita beranggapan manusia ini hanyalah sekadar tubuh maka tidak hairanlah kita menjadi pengikut si Iblis laknatullah.

Jadi, cuba kita aplikasikan dari sudut kehidupan remaja kita hari ini khususnya.. Pertama, perkataan 'enjoy' telah menjadi panduan mereka. Sebenarnya inilah salah satu penularan jangkitan penyakit barat kepada umat islam. Kata Yusuf Islam "Barat umpama kapal yang karam tetapi umat islam sedang berusaha untuk ke arah kapal itu". Budaya hip hop, lumba haram, disko, llepak, dan gejala2 hedonisme merupakan contoh bagaimana cara mereka mengenjoy tubuh tanpa menghiraukan sudut kerohanian.

Cuba kita lihat bagaimana seseorang yang berfikiran manusia ini dibentuk kerana jiwanya. Mereka akan berusaha memenuhi tuntutan jiwa atau rohaninya. Budaya2 yang ntah ape2 itu satu perkara yang langsung tidak rasional. Mereka juga akan sentiasa mengingati mati dan akan menyedari dunia hanyalah satu persinggahan. Kemudian, mereka akan menuai hasilnya di akhirat kelak..

Jadi saya menyeru kepada sahabat2 seagama sekalian, jauhilah perkara yang 'enjoy2' ( lagha dan maksiat ) demi mendamba satu kehidupan yang lebih bererti.

Pesanan ringkas buat pembaca,




SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI,

maaf zahir batin.

Jadilah insan berguna untuk agama bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment