عن أبي عبدِ اللهِ خَبَّابِ بْنِ اْلأرَتِّ رضي الله عنه قال ؛ شَكَوْنَا إلى رسولِ اللهِ صلى اللهُ عليه وسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ في ظِلِّ اْلكَعْبَةِ ؛ فقُلْنَا أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا ؟ ألاَ تَدْعُوْ لنَا ؟ فقال ؛ قد كان مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فيُحْفَرُ له في الأرض فيُجْعَلُ فيها ثُم يُؤْتَى بالمِنْشَارِ فيُوْضِعُ على رأسِهِ فيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ و ُيمْشَطُ بأمْشاطِ اْلحَدِيْدِ ما دُوْنَ لَحْمِهِ و عَظْمِهِ ما يَصُدُّهُ ذلك عن دينه ؛ و اللهِ لَيُتِمَّنَّ اللهُ هذا الأمرَ حتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إلى حَضْرَ مَوْتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهََ وَ الذِّئْبَ على غَنَمِهِ وَ لكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ ؛
Terjemahan : Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selindangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ? Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya . Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh ! Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm . dalam satu riwayat yang lain : Baginda baring [ istirehat ] berbantalkan selindangnya padahal kita sedang berhadapan dengan ancaman dahsyat dari golongan Musyrikin.
Syarah Hadis : 1. Rawi as Sahabi Khabbab al Arat atau gelarannya Abu Abdillah adalah antara sahabat awal memeluk Islam dan telah menerima siksaan yang sangat berat .
Telah berkata Mujahid Rhm : Mereka yang awal mengisytiharkan Islam ialah Rasulullah saw , Abu Bakar , Khabbab , Suhaib , Bilal , Ammar dan Ibu Ammar [ sumayyah ] . Sementara Rasulullah saw. dilindungi oleh Allah swt dengan menghadhirkan Abi Talib , Abu Bakar as Siddiq dilindungi oleh Allah swt dengan pertolongan kaumnya adapun yang lain mereka disiksa dengan pasung besi dan diuji kesabaran mereka dengan panas terik matahari . Mereka berjaya melepasi ujian tersebut dengan tahap kesungguhan dan kesabaran yang luar biasa sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt.
Telah berkata Asy Sya'bi rhm : Saidina Umar al Khattab pernah bertanya Khabbab mengenai penderitaannya disiksa oleh Musyrikin . maka berkata Khabbab : Wahai Amirul Mukminin Lihatlah belakangku ini . Lalu berkata Umar al Khattab : Tidak pernah aku lihat belakang seseorang seperti hari ini . Khabbab berkata : Sesungguhnya telah dinyalakan api lalu aku disalai di atasnya sehinggalah padam api tersebut akibat lelehan lemak dari jasadku . Khabbab wafat di Kufah pada tahun 37 hijriah dalam usia 73 tahun dan beliau adalah sahabat yang paling awal dikebumikan di Kufah.
Kisah Khabbab Al - Arat
Khabbab Al Arat adalah seorang sahabat yang telah mengalami penderitaan kerana mempertahan Iman dan Islamnya . Belakangnya meninggalkan parut yang sangat hodoh akibat dikelar dan disalai jasadnya di atas bara api oleh kuffar Quraisy .
Suatu hari , Khabbab bertemu Nabi saw sedang Baginda beristerehat dibawah bayangan kaabah . Lantas Khabbab sebagai seorang pejuang yang sekian lama di seksa dan memahami betapa getirnya berdepan dengan kuffar Quraisy segera bertanya kepada Nabi saw :
Apakah Tuan tidak memohon kepada Allah swt agar memberi kemenangan kepada kita ? Adakah Tuan tidak berdoa bagi pihak kita ?
Pertanyaan ringkas ini seperti membangkitkan emosi Nabi saw lantas menegaskan betapa orang - orang terdahulu sebahagian mereka berjuang sehingga digergaji kepalanya dan dibelah dua jasadnya . Bahkan sebahagian mereka disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap bersama Iman dan Islam.
Nabi saw menggambarkan betapa sakit dan seksanya orang - orang yang terdahulu dalam mempertahankan Islam . Biarpun sebesar mana mehnah dan ibtila' yang mereka hadapi , tidak menjadikan mereka berpaling dari perjuangan Islam yang suci ini .
Seterusnya Nabi saw meyakinkan Khabbab Rha. bahawa Demi Sesungguhnya Allah swt pasti akan menyempurnakan agama ini dengan lahirnya pejuang yang sanggup berkorban dan bergadai nyawa . Sehingga dunia menjadi aman dari sebarang ketakutan melainkan hanya takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha gagah lagi Maha Perkasa . Malangnya kamu terlalu gopoh !
Cubalah kita bayangkan , Insan sehebat Khabbab Al Arat pula telah berjaya melepasi ujian penderitaan serta penyiksaan yang dahsyat masih dianggap gopoh oleh Nabi saw apabila bertanya apakah Baginda tidak memohon kejayaan atau kemenangan bagi pihak Islam dan ummatnya.
Hari ini umat islam masih memandang remeh persoalan Iman dan Islam yang telah dkecapi sejak lahir hingga langsung tiada istilah berjuang untuk Islam walaupun sekurang-kurangnya sekadar mempertahan...
Wallahu 'Alam
No comments:
Post a Comment