Ads 468x60px

Tuesday, September 8, 2009

Jantan kite di bulan Ramadhan..

Bismillah...

Mula2 sekali saya nak minta maaf kepada sahabat2 sebab lmbat update..

Bulan Ramadhan ini mengajar kite untuk menjadi manusia terpimpin. Kalau sebelum ini dunia dilebihkan, maka ketika inila manusia mula mencari akhirat sebagai tujuan. Kalau sebelum ini keuntungan sementara menjadi objektif, maka kali ini keuntungan yang abadi menjadi misi.

Betapa hebat bulan Ramadhan, bulan inilah yang mentarbiah, mendidik, menyekat dan memperbaiki diri supaya apabila berakhirnya Ramadhan, kembalilah kita kepada fitrah yang suci.
Pada suatu ketika, dalam keadaan sibuk berprogram, tiba2 saya dimaki oleh seseorang yang saya langsung tidak kenal. Mahu je dihempuk je tetapi tiba2 tergerak di hati saya, "JANTAN KE AKU??"Astaghfirullah..

Siapakah paling kuat?
Teringat kembali satu hadith yang selalu disebut2 bila menjelangnya puasa..


Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya ia juga harus tertahan dari perkara lagha dan lucah. Apabila kamu dimaki atau diperbodohkan, berkatalah AKU BERPUASA (riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)

Alhamdulillah..Allah menyelamatkan puasaku. Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al- Ghazali meletakkan marah ini ke dalam kategori sifat2 mazmumah. Sebab ape???
Sebabnye ialah seseorang yang marah itu sebenarnya didorong oleh sifat ego, riak, dan ujub iaitu merasa dirinya lebih hebat dari orang laen..Itu pendapat Imam Al-Ghazali..

Kemudian, saya terfikir pula..marah ni tak boleh ke.. Lalu peristiwa yang tidak asing lagi, yang terkenal dan berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah telah menjadi jawapannya. PERANG BADAR..
Satu peperangan yang terdorong oleh perasaan marah apabila Islam dicabar, serta dipersenda. Mereka menjadi benar2 JANTAN apabila Ramadhan menjelang.

Islam sebenarnya menyuruh umatnya menahan marah. Orang yang paling kuat antara kita semua bukanlah mereka yang kuat dalam bergusti atau bertumbuk, tetapi mereka adalah orang yang paling kuat dalam menahan marah. Tetapi islam membenarkan marah hanya pada beberapa keadaan. Ini menunjukkan islam sebenarnya bertujuan mendidik diri melalui wahyu tetapi bukan menyekat sepenuhnya.

Akhir kalam. Carilah Al-Qadar di 10 malam terakhir Ramadhan, mudah-mudahan, dengan ihsan Allah dapatlah kita menjamu rohani kita dengannya keuntungan malam seribu bulan itu..

Ayuh rakanku..jadilah JANTAN yang faqir di bulan Ramadhan.
wslm..

No comments:

Post a Comment