Ads 468x60px

Tuesday, March 30, 2010

TINTAKU MULAI PUDAR: antara prinsip dan alasan..



Bismillahirrahmanirrahim..


Aku mula menulis lagi..saat ini, aku hanya tertumpu kepada satu idea sahaja. Aku mahu menegur diriku dan berkongsi dengan sekalian sahabat. Mungkin pandanganku kelihatan keras tetapi ia bagus untuk orang yang disasarkan kerana sepatutnya telah selevel dengannya..

TEGAS DALAM PRINSIP


Seorang pendakwah perlu sentiasa bertegas dengan prinsip yang dibawa supaya tidak mudah dibawa hanyut oleh suasana yang dibentuk oleh maksiat. Apabila seorang pendakwah benar2 mahu membawa sinar islam ke dalam hati2 yang sedang tidur atau ke dalam hati yang benar2 sedang mati terkaku, maka perlulah segera bersedia dalam setiap penjuru..

Mesti ramai sahabat - sahabat tertanya - tanya ape sebenarnya yang ingin kusampaikan. Memang benar seorang pendakwah perlu menghadapi pelbagai situasi yang pelik dan aneh serta berhadapan dengan pelbagai jenis mad'u. Namun, ramai sahabat - sahabat da'i telah kecundang kerana tidak tegar dengan prinsip dan kadang - kadang kelemahan ini akan menyebabkan mereka ( termasuk aku ) kecundang tanpa prinsip yang istiqamah.

Aku berikan keadaan, pertama seorang pendakwah yang merasakan masuk ke dunia seni sebagai satu strategi untuk berdakwah kepada artis -artis serta orang - orang di sana.


Namun, percayalah jika prinsipmu belum utuh kamu pasti takkan mampu meredah suasana maksiat yang telah merosakkan kebanyakan jiwa insan. Jika kamu tidak dapat mencipta biah, biah itu akan membentuk kamu. Ketahuilah bahawa syaitan dan iblis sedang mengintai - intai serta mencucuk - cucuk supaya orang yang beriman kecundang dan mereka tak pernah putus asa.

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya ); sebenarnya dia hanyalah mengajak kumpulannya agar termasuk di kalanga penduduk neraka.(Faatir:6)




Kemudian 'beralasan' menyebabkan seorang da'i semakin jatuh dan hilang kesedaran kerana mereka tidak sedia ditegur untuk sebarang muhasabah. Alasan ini merupakan perisai yang menipu seorang da'i. Mereka menyangka perisai ini bakal menyelamatkan mereka tetapi jelas perisai ini membinasakan mereka dengan panah- panah serta senjata - senjata yang menghujan.


IKHLAS PUNCA KEKUATAN

Memang benar!! jika seorang pendakwah yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan dan ibadahnya, nescaya mereka tidak terpengaruh dengan kesenangan2 yang sementara seperti pangkat, harta, dan keseronokan2 yang menipu. Orang yang ikhlas tidak pernah dan tidak akan luntur azam dan prinsipnya kerana janji- janji habuan. Mereka juga tidak akan terhalang oleh ugutan. Mereka tidak akan lemah kerana harta dunia atau mereka tidak akan luntur kerana takut. Rasulullah SAW sendiri pernah dihadapkan dengan tawaran kuasa, pangkat kebesaran, harta dan habuan dunia namun dengan keteguhan prinsipnya Rasulullah SAW bersabda:

Demi Allah, andai mereka meletakkan matahari di kananku, bulan di kiriku untuk aku meninggalkan urusan (dakwah ) ini, aku tidak sama sekali akan meninggalkannya sehinggalah dimenangkan agama ini atau aku mati kerananya.

Andai seorang pendakwah mempunyai sifat cintakan dunia dan pegangan prinsip yang lemah, nescaya mereka akan mudah jatuh dan lemah di hadapan tawaran duniawi mengggiurkan.

Ketahuilah bahawa Istiqamah dalam perjuangan itu merupakan kesan daripada sikap ikhlas seorang da'i. Orang yang berjuang kerana nama, manusia, pangkat atau harta akan berhenti apabila mereka mendapat apa yang dicita-citakan.

Disebutkan dalam satu hadis:

Setiap amal diukur berdasarkan niat. Setiap manusia akan mendapat pahala berdasarkan apa yang mereka niatkan...

Baik, kita sambung lain kali dan aku akan cuba menulis dalam keadaan yang lebih santai.



No comments:

Post a Comment