Bismillah..
Hari ni seorang sahabatku bertanya,
“Mastermind, aku nak tanye kau..ape pandangan ko tentang cinta?”
Lalu aku tersenyum dan cuba mencari satu jawapan yang terbaik buat sahabatku..Sememangnya kalau aku membincang persoalan hukum secara detail, ia akan memberontak dan membantah secara diam- diam, mungkin...
“Tam (bukan nama sebenar ), bayangkan aku memasuki satu dewan yang dipenuhi dengan manusia yang pelbagai ragam, yang pakaiannye pelbagai...
Lalu aku naik ke pentas dan aku diajukan soalan tentang ape itu cinta..
Lalu aku menjawab “cinta itu GEJALA!!”..mungkinkah hadirin yang melihatku bersetuju denganku?? Tidak.. malah mereka akan memberontak tanpa mendengar penjelasanku..
Aku tukarkan keadaannya pula..
Andaikan aku memasuki dewan yang sama dan aku diajukan soalan yang sama..
Lalu aku menjawab “cinta itu NIKMAT!!”..mungkinkah hadirin yang mendengarku memberontak kerana tidak bersetuju?? Tidak..malah mereka memuji aku kerana aku mempunyai pandangan yang membenarkan mereka. Namun, aku serba salah sebab kedua – duanya adalah jawapanku..bukan maksudku untuk memisahkan kedua – dua..
Tam, asalnye cinta itu NIKMAT yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia, tetapi kebanyakan manusia menyalahgunakan nikmat yang diberi sehingga menjadikan cinta sebagai GEJALA.”
Tam masih kurang faham “Sebenarnye macammane yang sebenarnye ha..??”
“Tam, sebenarnye aku bukanlah orang yang layak nak berbicara soal ni tapi sebagai seorang sahabat, aku cuba bantu..kalau aku tanye ko, setuju tak kalau aku cakap cinta itu NIKMAT??
“Setuju!!” jawab Tam serentak dengan senyuman yang tersipu – sipu.
“Kalau cinta itu GEJALA??”. Tam diam serentak dengan wajah yang mencuka. “Kenapa ha..?”
“Sebab ramai hamba Allah menyalahgunakan nikmat hingga menjadi gejala dan akhirnya menjadi BALA..Sepatutnya, cinta yang pertama dan paling utama ialah untuk Allah kemudian kepada nabi dan seterusnya kepada ibu bapa. Cinta kepada kekasih ni mengarut!! Ramai orang yang salahguna Tam...”
Ramai insan yang tergadai SYARIAT kerana cinta khayalan ni. Kalau sebelum ni rajin mengerjakan SYARIAT, kemudian menjadi seperti endah tak endah..seolah - olah cintanya lah segala – galanye.
Memang tidak dinafikan cinta itu FITRAH..sebab itu ramai yang boleh menerima jawapan aku yang kedua tapi bukan yang pertama. Mereka mahu mengiakan kesucian cinta tetapi mereka menolak kelalaian mereka yang menyebabkan cinta tu membinasakan.
Tam masih lagi menunggu jawapan yang meyakinkan.. Aku tahu Tam sedang dilamun cinta dan merancang untuk berCOUPLE..
“Tam, ko tau tak suatu benda yang ramai umat islam kita hari ini sedang terkeliru..”.
“ Amende?” tanyenye bersemangat..
“Kita hari ini sedang dipermainkan oleh Barat dan Yahudi. Cinta pada pandangan kita mesti datang dari mata kemudian turun ke hati, kononnye cinta pandang pertama..Kemudian start dating sane,dating sini..couple sana,couple sini..Lepas tuh bile nak kahwin tak sedia lah.. tunggu lah... macam2 alasan..Cerita – cerita dan drama –drama yang ditayangkan semuanye ade agenda..”
“Mastermind, kalau mesej2 je, tak jumpa boleh tak?? Nanti aku dakwah lah die, aku suroh dia solat ke..” Tam tanye lagi..
“Tam, sebenarnye mesej2 tuh asalnye tak salah..tapi sejauh mane kamu dapat jaga SYARIAT..memanglah asalnye mesej tuh start dengan ala – ala islamik sket..kemudian bertukar mesej cinte islamik..lepas tuh islam sket2..kemudian habis ranap semua..mulelah nak berjumpalah..bile cinta nafsu yang dilatih melalui mesej menjadi matang..susah dah nak kawal. Akal pun akan jadi kurang waras sebab akal pun belum cukup matang. Kite tak pernah latih akal kita dengan ilmu – ilmu yang benar sehingga kita tidak tertipu dengan godaan syaitan”
“Syaitan tuh cerdik, Iblis pernah berjaya menggoda nabi Adam..kalau dia terus menggoda kamu dengan menyuruh kamu lakukan zina..memang kamu pun tak terpengaruh..tapi syaitan tuh pandai, kate imam Al – Ghazali, nafsu itu askar - askar syaitan manakala akal pula adalah askar – askar malaikat. Syaitan cume perlu suruh askar – askar dia bertapak kat hati, maka terjajahlah satu negara(manusia). Syaitan akan menggoda kita supaya kita memandang baik sesuatu dosa dan akhirnya kita kalah dalam perjuangan melawan nafsu kita.” Tambahku..
Suasana menjadi hening seketika.. Tam sedang mengerut dahi. Mungkin berfikir..
“Tam, ape pandangan ko tentang orang yang bunuh diri sebab cinta??”
“Entah, mengarutlah..sia – sia je hidup” jawab Tam selamba..
“Kalau kita telitikan, ramai orang melihat mereka itu gila dan tak waras tapi mereka itu juga sebenarnya start dari berputiknye cinta yang berasaskan nafsu. Mula2, pandang lepas tuh kenyit2 mata, kemudian macam2.. Mereka bukannye bercinta satu jam tapi lame tau.”.
“ Habis ape yang perlu aku buat? Kalau aku diam2 je..rugi la!!”
“ Ko sekarang kan sedang belaja, buatlah persiapan, gunakanlah sepenuhnye akal untuk merancang tapi ingat wamakaru wamakarallah, Wallahu khairul makirin..sambil – sambil tuh sibuk- sibukkanlah diri dengan DAKWAH..Insyaallah kau akan tenang”.
“Macammane??”Tam kehairanan.
“JOM IKUT AKU..”Jawab ku selamba..
Ya Allah, aku memohon agar aku dan sahabat – sahabatku tidak terjerumus dalam perangkap syaitan ini.
No comments:
Post a Comment