Kami sama tetapi masih tidak serupa.
Mereka merempit aku sama juga.
mereka berlumba aku juga berlumba
Namun aku masih tidak serupa dengan mereka
Mereka merempit di jalan dunia namun aku merempit di jalan Tuhan.
Jalan mereka sukar namun jalanku lebih payah.
Jalan mereka dekat namun jalanku terlalu jauh.
Mereka dan aku tegar dengan budaya rempitan
Aku mahu berlumba dan ingin paling hadapan.
Namun kulihat masih ramai yang sama niat dan tujuan
Cuba menjadi saingan merebut redha tuhan.
Namun..
Aku malu kerana tenggelam oleh nafsu dan godaan..
Aku bimbang kerana angan- angan hanya jadi angan - angan.
Aku risau kerana bekalan aku masih kekosongan.
Aku sedih kerana enjin semangatku hanyalah berjenama usang.
Langsung tidak diperbaharu.
Aku kesal kerana peta ilmuku masih belum sempurna.
Perjalananku..
Bisakah aku berkata-kata dengan tenang di hadapan malaikatmu..
Atau menggigil kerana dosa lalu
Hebatkah aku bila di Mahsyar nanti
Atau hanya si hina yang berlalu dengan penuh penyesalan
Pantaskah aku bila meniti titian siratMu.
Atau hanya seorang yang bakal jatuh ke Neraka Jahannam
Sampaikah aku kepada syurgaMu.
Atau hanya bakal tersungkur sambil memerhati
Ya Allah.
Aku masih mahu merempit.
Kerana aku mahu hadiah yang paling sempurna dariMu.
Aku ini hanyalah si REMPIT faqir yang mengharap ihsanMu.
Oleh itu,
Biarlah aku MEREMPIT tanpa TERSESAT..

Al-Faqir:
.:Mastermind:.
No comments:
Post a Comment