Ads 468x60px

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDURRASUL

Beriman kepada Rasul bukannya hanya sekadar menutur pada kata2..Sepatutnya kita mampu menggarap seterusnya menghayati sifat siddiq(benar dan tidak berdusta), amanah(jujur dan tidak khianat), tabligh(menyampaikan dan tidak menyembunyikan), dan fatonah(Biajaksana dan tidak bodoh) seterusnya mengamalkannya ke dalam kehidupan ini...

Perbanyakkan selawat ke atas baginda SAW

Mesir masih Hero!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Ketika umat islam bercakap soal diri masing2. Mesir bergolak kerana sebuah keadilan. Mesir pernah menjadi sejarah yang hebat dalam kalendar islam dan akhir2 ini kembali mencipta sejarah. Inilah perjuangan..mencorak kemenangan kehidupan duniawi dan mencari kemuliaan dalam kematiaan.



Allahuakbar

Manusia sepi tanpa perjuangan






Bismillahirrahmanirrahim,,
Anda tidak pernah berseorangan..Sebenarnya kebanyakan anda dalam kebingungan. Mungkin anda masih boleh berdalih namun cubalah anda teliti dan renungkan sejenak untuk apa ini semua. Perjuangan atau survival akan sentiasa berlaku demi mencari makna hidup. Namun, kita disudahkan dengan beribu kebuntuan... ujian kehidupan yang bertalu2,, nikmat yang melimpah ruah, keseronokan yang merosakkan dan rentak hidup yang beraneka dan memualkan. Berjuanglah mencari makna hidup denagn bermatlamatkan tujuan yang abadi.

Wednesday, February 2, 2011

SIAPA KITA??



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.